Misi membawa pulang rakyat Malaysia dari Bangladesh berjaya

Pelajar berharap rusuhan tamat dan dapat pulang menyambung pelajaran.

Misi membawa pulang rakyat Malaysia dari Bangladesh berjaya

Pesawat sewa khas yang membawa seramai 123 rakyat Malaysia termasuk 80 pelajar pulang dari Bangladesh yang dilanda protes besar-besaran, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan membawa pulang rakyat Malaysia di Bangladesh atas faktor keselamatan susulan protes kuota kerja kerajaan di negara itu yang meragut lebih 150 orang.



Pesawat AirAsia A320 selamat mendarat di KLIA Terminal 2 pada 4.57 petang selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal di Dhaka pada 11.05 pagi tadi.

Seorang pelajar Siti Nurathirah Afrina Azree, 25, berkata perasaannya bercampur-campur sebaik kembali ke Malaysia kerana beliau kini di tahun akhir pengajian.

Nurathirah memberitahu, beliau bimbang terutama sekali selepas perintah berkurung diisytiharkan oleh pihak berkuasa Bangladesh.

Selepas mendengar berita dari penduduk bahawa rusuhan mungkin berlanjutan… kami bimbang kerana tiada sambungan Internet dan ibu bapa mula panik, katanya.



Kami rasa kami perlu pulang ke Malaysia… Misi membawa pulang ini satu rahmat bagi kami.

Menurut laporan Reuters, Dhaka dan beberapa bandar utama di Bangladesh kini di bawah perintah berkurung dan telekomunikasi serta Internet turut ditutup oleh kerajaan sejak protes tercetus pada minggu lalu.

Seorang pelajar, Sarvin Tharmalingam berkata misi dilancarkan kerajaan itu adalah sebab utama pelajar memilih untuk pulang ke tanah air.

Liputan telefon yang teruk dan kurangnya sambungan Internet menyebabkan sukar untuk berhubung, dan mengetahui adakah keadaan selamat, katanya.



Ada yang enggan pulang

merupakan pelajar tahun akhir dan mereka yang bekerja di Bangladesh, memutuskan terus kekal di negara itu.

“Mereka yang memilih untuk kekal adalah disarankan untuk terus berkomunikasi dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, bagi menerima maklumat terkini dan sokongan jika perlu.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan serta memastikan keselamatan mereka terjamin, menurut kenyataan Wisma Putra.



Kenyataan itu memaklumkan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka akan terus beroperasi seperti biasa dan memantau situasi dengan rapat, sedia bertindak dengan pantas terhadap sebarang perkembangan, serta memastikan rakyat Malaysia di negara itu mendapat maklumat dan sokongan yang diperlukan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersama Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin, Timbalan Menteri Luar Negeri dan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud turut berada di KLIA2 menyambut ketibaan mereka.

Proses membawa pulang mereka berjalan lancar, walaupun tertangguh lebih 1 jam daripada yang dijadualkan ekoran proses di kaunter imigresen berjalan perlahan.

Lapangan terbang di ibu kota Bangladesh itu dikawal ketat anggota tentera susulan perintah berkurung di seluruh negara itu sejak Sabtu lepas.



Ribuan pelajar di Bangladesh mengadakan demonstrasi sejak 1 Julai lepas susulan keputusan mahkamah mengembalikan kuota untuk pekerjaan awam yang telah dimansuhkan pada 2018.

Kerajaan Bangladesh telah mengenakan perintah berkurung di seluruh negara Sabtu lepas sebagai tindak balas terhadap peningkatan keganasan dan demonstrasi.

Mahu pulang ke Bangladesh dan tamatkan pengajian.

Pelajar Malaysia yang selamat pulang dari Bangladesh, hari ini, berharap situasi di negara itu segera kembali tenang supaya mereka dapat meneruskan pengajian.



Pelajar tahun akhir jurusan perubatan Kolej Perubatan Mymensingh, Muhamad Aliff Haziq Abd Shukor, 25, berkata beliau sepatutnya menamatkan pengajian bulan depan, namun tertangguh akibat ketegangan di negara itu.

“Saya menunggu maklumat daripada Wisma Putra dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bangladesh jika kami dibenarkan balik.

“Jika keadaan semakin baik, Insya-Allah (dapat balik segera),” katanya kepada pemberita sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 di sini, hari ini.

Menceritakan pengalamannya ketika rusuhan memuncak di negara itu, Muhamad Aliff Haziq berkata, protes oleh pelajar pada mulanya berlangsung aman, namun bertukar buruk kemudian.

“Selepas tahu protes semakin teruk, kami terus berhubung dengan Suruhanjaya Tinggi dan mengikut arahan untuk duduk di rumah.

“Kami dapat mendengar bising rusuhan di luar rumah. Ketika ini, perintah berkurung masih berjalan dan semua pelajar tidak keluar kerana polis dan tentera memenuhi jalan,” katanya.

Sementara itu, Fatihah Fadli, 25, dari kolej sama, berkata keadaan agak terkawal di Mymensingh kerana ia terletak kira-kira empat jam dari Dhaka.

Bagaimanapun katanya, ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal, Dhaka, beliau dapat melihat kemusnahan yang berlaku, termasuk kenderaan yang terbakar.

“Rusuhan itu berlaku di sekitar kolej kami dan pada hari kedua, ramai yang menyertai perhimpunan, terutama pelajar Bangladesh.

“Ketika kejadian, kami sudah diarahkan untuk tidak keluar rumah dan tidak sertai tunjuk perasaan,” katanya.

Pengalaman paling mendebarkan sepanjang lima tahun di Bangladesh

Berkongsi mengenai pengalaman cemas itu, seorang pelajar Malaysia, Muhd. Faiz Jaafa, 25, berkata, ketegangan berlaku di Bangladesh khususnya di Dhaka menjadi antara kejadian paling mendebarkan sepanjang lima tahun berada di sana.

“Jika diimbas kembali, protes itu bermula sejak 8 Julai lalu dan terus memuncak sejak beberapa hari kebelakangan ini. Walaupun kawasan saya tinggal iaitu Mymensingh agak jauh dari Dhaka, tetapi kami juga melihat impaknya.

“Menerusi video dikongsi, kami dapat lihat anggota polis dipukul hingga cedera parah selain ada individu yang dicampak dari tempat tinggi, itu semua pengalaman yang mendebarkan,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 hari ini.

Muhd. Faiz merupakan salah seorang daripada 123 rakyat Malaysia yang dibawa pulang ke Malaysia hari ini dari Dhaka menerusi penerbangan AirAsia ekoran ketegangan yang memuncak di Bangladesh.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai cabaran selepas jaringan internet disekat di sana, Muhd. Faiz yang merupakan pelajar tahun akhir di Bangladesh Agricultural University berkata, komunikasi antara pelajar dan pihak kedutaan hanya boleh dibuat menggunakan talian tetap telefon sahaja.

“Bagaimanapun, kami bernasib baik berikutan sempat membuat ‘group’ untuk berbincang sesama pelajar sebelum jaringan internet disekat sepenuhnya.

“Jadi, kami sempat berhubung dengan kedutaan bagi berbincang tindakan seterusnya,” jelasnya.

Sementara itu, seorang lagi pelajar iaitu Iman Nur Aina Amirah Abdul Rahman,25, yang menuntut di Mymensingh Medical College berkata, mereka juga perlu saling membantu antara satu sama lain bagi memastikan keselamatan terus terjaga.

“Sebagai contoh, ada kawan saya tidak sempat untuk melunaskan bil elektrik dan apabila protes itu berlaku, mereka tidak dapat mengeluarkan duit di mesin ATM kerana sudah tiada.

“Jadi, kami membantu dengan membenarkan mereka untuk tinggal bersama berikutan bimbang perkara tidak diingini berlaku apabila tiada bekalan elektrik,” ceritanya.

Misi membawa pulang rakyat Malaysia dari Bangladesh berjaya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Video call’ Malaikat Maut, Mama Ghufron mohon maaf

Ugutan rogol, Diana Danielle lapor polis

Digelar ahli neraka

Ruhainies nafi diboikot, terima banyak tawaran

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker