Kes culik Albertine Leo, 3 suspek tiba untuk direman
Kes culik Albertine Leo, 3 suspek tiba untuk direman
JOHOR BAHRU: Tiga individu yang ditahan semalam bagi membantu siasatan kes culik membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru di sini, bagi mendapatkan perintah reman.
Dua suspek lelaki masing-masing berpakaian lokap berwarna oren dan ungu tiba pada jam 8.45 pagi diiringi anggota polis dengan tangan bergari, manakala suspek wanita tiba 10 minit kemudian dengan pakaian lokap warna oren dikawal ketat anggota polis wanita.
Ketiga-tiga mereka yang berusia antara 28 hingga 55 tahun itu akan direman bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan ke atas mereka dibuat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.
Semalam, ketiga-tiga suspek itu ditahan kira-kira jam 1.30 tengah hari di sekitar kawasan Gelang Patah, Iskandar Puteri.
Kanak-kanak terbabit, Albertine Leo Jia Hui disedari hilang kira-kira jam 8.30 malam Sabtu lalu ketika berada di pusat perniagaan Eco Galleria, Iskandar Puteri dekat sini.
Kes kehilangannya itu sudah diklasifikasikan semula daripada laporan orang hilang kepada Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya secara sulit dan salah.
Difahamkan, kanak-kanak itu juga setakat ini masih belum ditemui. BH
Kes culik Albertine Leo, 3 suspek tiba untuk direman
Baca Artikel Menarik:
- Sepatutnya gantung Wan Fayhsal setahun
- MCA bakal tinggalkan BN?
- Tak sempat sambut ulang tahun kahwin bulan depan
- Kes pukul OKU pekak, NGO gesa percepat pendakwaan
- Bunuh lalu bakar mayat, 3 sekawan didakwa
- Jailani terikat aku janji, kena bayar ganti rugi – Ab Rauf
- Anak umur 7 tahun jadi imam, Syatilla Melvin menangis ketika solat
- Intan Najuwa nak saman
- Apa akan jadi dengan Peja?
- Nabil tempah iklan ‘billboard’ minta cuti
- Tak perlu tunggu 24 jam untuk lapor orang hilang – KPN
- Angin berhembus ucapan terima kasih mangsa (Video)
- Jamal rugi RM2 juta
- Pan-gon perlu bayar lebih RM3 juta
- ADUN Rembia kena sedia bayar denda RM100 juta – Dr Akmal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Hari-hari adik menangis’ – Abang isteri suspek
You must be logged in to post a comment.