Jangan kritik ‘Top 5’ UMNO

Ahli Umno tidak sepatutnya mengkritik pimpinan secara terbuka kerana tindakan itu tidak memberi manfaat kepada parti, kata Salleh Said Keruak.

Beliau yang juga bekas bendahari Umno berkata, kritikan seperti itu hanya menjejaskan usaha parti membina semula sokongan dan meyakinkan kembali orang Melayu serta rakyat.

Katanya, apa diperlukan ketika ini adalah pimpinan Umno berkongsi pandangan politik mengenai tadbir urus dan kepentingan Melayu, dan secara individu membuat komitmen awam kepada pengundi Melayu terutama di kawasan luar bandar.

“Orang Melayu mesti diyakinkan bahawa pimpinan ‘top 5’ Umno berkongsi minda dan aspirasi sama menegak dan meneruskan komitmen seperti pengasas parti.

Pimpinan ‘top 5’ mesti dilihat sebagai kekuatan Umno,

 katanya di Facebook, merujuk kepada presiden, timbalan dan tiga naib.

Salleh, yang juga Adun Usukan di Sabah, menyeru pimpinan tertinggi berusaha meraih semula sokongan dan mengembalikan keyakinan kepada parti, khususnya orang muda.

Saya percaya generasi muda sangat berminat untuk mengetahui sama ada perspektif politik pimpinan Umno telah berubah atau masih kekal sama seperti sebelum ini,

 kata bekas ketua menteri Sabah.

Beberapa ahli Umno sebelum ini mengkritik parti berkait pelbagai perkara, termasuk kerjasama dengan DAP dalam kerajaan perpaduan, prestasi tidak memberangsangkan pada PRN dan PRU, serta mengetepikan kebimbangan akar umbi.

Sokongan orang Melayu terhadap Umno menyusut sejak PRU13 pada 2013. Barisan Nasional ditunjangi Umno kalah pada PRU14, sekali gus menamatkan penguasaan sebagai kerajaan pusat selama enam dekad.

Pada PRU15, prestasi Umno terus merudum selepas sekadar menang 26 kerusi Parlimen, selain 19 daripada 108 kerusi DUN pada PRN enam negeri Ogos 2023.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Abby Abadi dah macam anak dara

‘Hari-hari adik menangis’ – Abang isteri suspek

Intan Najuwa bertambah cantik ketika hamil

Tolak jawatan SUA Bersatu, nak jawatan timbalan presiden?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker