Pan-gon perlu bayar lebih RM3 juta

Pan-gon perlu bayar lebih RM3 juta

Peletakan jawatan pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon menyaksikan beliau perlu melunaskan pampasan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ekoran pembatalan kontraknya yang masih berbaki.

Menerusi laporan stesen televisyen tempatan, jurulatih dari Korea Selatan itu harus membayar lebih RM3 juta nilai pampasan berkenaan, namun FAM belum lagi membuat sebarang kata putus.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi, berkata sumbangan Pan-gon tetap menjadi perkiraan utama sebelum memutuskan jumlah tertentu yang harus dilunaskan.

“Kita pun lihat kepada faktor sumbangan Pan-gon hingga membantu pasukan sampai ke tahap ini. Semua ini adalah perkiraan yang diambil kira walaupun ia di luar (persetujuan dalam) kontrak.

“Kita tidak akan terburu-buru untuk ambil keputusan,” katanya.

Pan-gon sebelum ini membuat kejutan apabila mengambil keputusan untuk meletakkan jawatannya itu berkuat kuasa serta merta kerana komitmen peribadi.

Antara kejayaan yang dicipta Pan-gon sepanjang tempoh dua setengah tahun berkhidmat di Malaysia adalah membawa skuad Harimau Malaya layak secara merit ke Piala Asia selepas tempoh 43 tahun. K Online

Pan-gon perlu bayar lebih RM3 juta

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Amat bahaya kalau saya dedahkan alasan letak jawatan – Pan Gon

Apa maksud Pan-gon dengan bahaya? — TMJ

‘Posting’ terakhir Nur Farah sebelum ditemui maut dibunuh

Perpisahan jalan terbaik – Nourul Depp

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker