Habin Noor tikam gadis 19 kali, simbah cuka getah terlepas hukuman mati

Habin Noor tikam gadis 19 kali, simbah cuka getah terlepas hukuman mati

JOHOR BAHRU – Seorang penganggur terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Persekutuan yang bersidang di sini hari ini mengetepikan hukuman gantung terhadapnya kerana membunuh gadis berusia 17 tahun, pada 2010.

Mahkamah bagaimanapun menggantikan pemberat hukuman kepada penjara selamat 38 tahun terhadap tertuduh, Habin Noor Sulaiman, 56.

Keputusan itu dilaksanakan panel hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Hanipah Farikullah.

Tun Tengku Maimun memerintahkan Habin Noor menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkapan pada 16 Disember 2010.

Berdasarkan fakta kes, pemohon didakwa telah menikam Nur Ain Ashikin sebanyak 19 kali selain turut menyimbah cuka getah ke atas kepala mangsa.

Mangsa kemudian meninggal dunia 21 hari kemudian semasa mendapatkan rawatan di hospital. K Online

Habin Noor tikam gadis 19 kali, simbah cuka getah terlepas hukuman mati

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nora Danish tak kisah Nedim bersama wanita lain

Promosi produk berbaur lucah, Neelofa masih enggan mengulas

Raghad dakwa dihalang masuk rumah, kubur arwah suami tidak dijaga

Bella Astillah dikecam berpakaian seksi ketika dalam iddah (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker