Suspek tembak Donald Trump seorang yang pendiam

Thomas Matthew Crooks seorang pelajar yang pendiam.

Suspek tembak Donald Trump seorang yang pendiam

Bethel Park, Amerika Syarikat: Seorang lelaki Pennsylvania berusia 20 tahun, Thomas Matthew Crooks, dikenal pasti sebagai suspek penembak yang cuba membunuh bekas presiden Donald Trump pada perhimpunan kempen hujung minggu lalu.

Penembak tepat Perkhidmatan Rahsia membunuh Crooks pada Sabtu selepas suspek melepaskan beberapa das tembakan di perhimpunan di Butler, Pennsylvania, dari atas bumbung bangunan berhampiran.

Trump, 78, mengalami luka ringan di telinganya dalam insiden tembakan semasa perhimpunan itu. Seorang penonton maut dan dua yang lain parah.

Ketika pihak berkuasa berusaha untuk memahami motivasinya, berikut adalah apa yang diketahui mengenai lelaki berkenaan:

Bekas rakan sekolah Crooks menyifatkan dia sebagai seorang pelajar ‘pendiam’ yang sering dilihat sebagai ‘kesepian’,” lapor ABC News.

Mereka tidak ingat mendengar lelaki itu membincangkan mengenai politik atau Trump.

Jason Kohler berkata, dia bersekolah dengan Crooks, dan teringat bahawa penembak itu yang dikatakan dahulunya sering dibuli.

“Dia pendiam tetapi dia hanya dibuli. Dia dibuli begitu banyak,” kata Kohler kepada pemberita.

Dia berkata, Crooks diejek kerana cara dia berpakaian, dengan menyatakan bahawa lelaki itu kadang-kadang akan memakai pakaian untuk berburu.

Dan Grzybek, wakil majlis daerah di kawasan di mana Crooks dibesarkan berkata, kejiranan itu adalah ‘kelas pertengahan yang agak kukuh, mungkin kelas menengah atas’, menurut The New York Times.

The Times menambah bahawa Crooks bekerja di rumah jagaan dan organisasi itu terkejut mendengar penglibatannya dalam penembakan itu.

Susulan kejadian itu, penyiasat menemukan ‘alat yang mencurigakan’ dalam kereta Crooks, yang diperiksa oleh juruteknik bom dan sedang dianalisis.

Pihak berkuasa kini dalam proses mencari telefon Crooks.

Kevin Rojek, ejen khas yang bertanggungjawab ke atas pejabat lapangan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Pittsburgh, memberitahu wartawan pada Ahad bahawa senjata yang digunakan dalam penembakan itu adalah senapang separa automatik jenis AR-15 yang dibeli secara sah.

Penyiasat percaya senjata itu dibeli oleh bapa Crooks.

Rojek menambah, setakat ini, tiada petanda Crooks mempunyai masalah kesihatan mental.

Crooks juga tidak mempunyai sekutu ketenteraan, menurut jurucakap Pentagon, Mejar Jeneral Pat Ryder.

FBI memberitahu pemberita bahawa mereka sedang menyiasat insiden itu sebagai cubaan membunuh dan juga potensi keganasan domestik.

Penembak itu dipercayai melakukan tindakan secara bersendirian, menurut FBI, dan pegawai berkata, mereka tidak mengenal pasti ideologi yang dikaitkan dengannya. Kecenderungan politiknya tidak jelas lagi.

Laporan berita menunjukkan dia seorang ahli Republikan berdaftar, tetapi juga menyatakan bahawa dia sebelum ini memberi wang kepada jawatankuasa tindakan politik progresif yang sejajar dengan Demokrat.

Walaupun platform media sosial Discordetha berkata, ia mengenal pasti akaun media sosial yang kelihatan dikaitkan dengan suspek, ia ‘jarang digunakan.’

Seorang jurucakap menambah bahawa ‘kami tidak menemukan bukti bahawa ia digunakan untuk merancang insiden ini, mempromosikan keganasan, atau membincangkan pandangan politiknya.’

Bapa suspek, Matthew Crooks pada Sabtu memberitahu CNN, dia cuba untuk menentukan ‘apa yang sedang berlaku’ sebelum bersedia untuk bercakap mengenai anaknya. HM

Suspek tembak Donald Trump seorang yang pendiam

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hormati privasi dan keputusan perkahwinan saya – Tengku Hassanal

Harith Iskandar buka mulut akhirnya

Shuk Sahar dedah sifat Shuib, Nabil dan Ebby Yus

Alif Teega disyaki seleweng kutipan derma bersama isterinya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker