RM1 juta sebulan bayar gaji

RM1 juta sebulan bayar gaji

Isu tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan terus membelenggu saingan Liga Malaysia (Liga M) dengan ‘penyakit’ itu seakan tiada penawar, malah makin bernanah.

Ia susulan ramai beranggapan isu terbabit semakin parah pada musim ini apabila membabitkan beberapa pasukan ternama dalam Liga Super.

Kekurangan tajaan dan suntikan dana didakwa menjadi faktor utama pasukan bergelut untuk menguruskan kewangan terutama dalam aspek pembayaran gaji yang menelan kos tinggi.

Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah menganggarkan pasukan besar perlu membelanjakan lebih RM1 juta sebulan hanya untuk pembayaran gaji.

“Pasukan besar seperti Selangor, Terengganu dan beberapa pasukan lagi sekurang-kurangnya kena ada RM1 juta hingga RM1.3 juta sebulan untuk membayar gaji. Ia tidak termasuk JDT (Johor Darul Ta’zim), mereka berbeza.

“Pasukan bawah sedikit mungkin dalam RM500,000 hingga RM600,000 sebulan. Jumlah itu tidak termasuk kos lain yang perlu ditanggung pasukan seperti perbelanjaan perjalanan dan penginapan bagi aksi tempat lawan.

“Anggaran gaji pemain import sebulan antara RM45,000 hingga RM90,000. Pemain tempatan biasanya antara RM15,000 hingga RM20,000 dan bagi yang berstatus kebangsaan mencecah RM40,000 hingga RM50,000,” katanya kepada BH Sukan.

Beberapa pasukan didakwa terpalit isu tunggakan gaji dengan pasukan Kuala Lumpur (KL) City menjadi tumpuan umum selepas kapten pasukan, Paulo Josue dilaporkan mendakwa tidak menerima gaji selama tujuh bulan sejak Disember tahun lalu.

Difahamkan, kos perbelanjaan yang perlu ditanggung pasukan KL City untuk membayar gaji pemain sebulan melebihi RM600,000.

Mengulas lanjut, Effendi mendakwa kebanyakan pasukan menunggu wang tajaan daripada penaja dan apabila wang berkenaan tidak masuk, ia mengundang kepada berlakunya isu tunggakan gaji.

“Sepatutnya duit untuk uruskan pasukan bagi satu musim sudah kena ada dalam bank. Jika pasukan yang dapat suntikan dana dari kerajaan negeri tak apa dan sekiranya ada penaja besar kata nak bayar tiga bulan sekali, itu tiada masalah.

“Perkara pokoknya gaji kena bayar tepat masa, jika benda lain macam bonus tak apa. Tapi, kalau gaji tak bayar bagaimana pemain nak bermain dengan baik, saya nampak musim ini paling teruk.

“MFL (Liga Bolasepak Malaysia) kena lihat benda ini dengan serius dan pastikan Financial Fair Play (FFP) dapat dilaksanakan dengan baik. Ia penting kerana membabitkan imej Liga M dan perlu diselesaikan,” katanya. BH

RM1 juta sebulan bayar gaji

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hormati privasi dan keputusan perkahwinan saya – Tengku Hassanal

Harith Iskandar buka mulut akhirnya

Shuk Sahar dedah sifat Shuib, Nabil dan Ebby Yus

Alif Teega disyaki seleweng kutipan derma bersama isterinya

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker