Nur Farah Kartini hilang lepas hantar kereta pelanggan

Nur Farah Kartini hilang lepas hantar kereta pelanggan

IPOH: Seorang pekerja sebuah syarikat kereta sewa di Tanjung Malim dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada seorang pelanggan, Rabu lepas.

Ketua Polis Muallim Mohd Hasni Mohd Nasir berkata laporan kehilangan wanita dikenali sebagai Nur Farah Kartini Abdullah itu dibuat rakan serumahnya pada 1.56 pagi, semalam.



“Rakan mangsa ada cuba menghubunginya namun tiada balasan. Difahamkan, mangsa mempunyai teman lelaki dan pihak polis sedang mengesannya untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata Nur Farah yang berasal dari Sarawak dan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kali terakhir dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar hitam.

Justeru polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu untuk menghubungi IPD Muallim di talian 05-4596122 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai kehilangan wanita itu setelah satu hantaran dimuat naik pengguna dipercayai rakannya. FMT



Nur Farah Kartini hilang lepas hantar kereta pelanggan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hormati privasi dan keputusan perkahwinan saya – Tengku Hassanal



Harith Iskandar buka mulut akhirnya

Shuk Sahar dedah sifat Shuib, Nabil dan Ebby Yus



Alif Teega disyaki seleweng kutipan derma bersama isterinya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker