Jangan kacau saya – Tengku Hassanal

Jangan kacau saya – Tengku Hassanal

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah memohon orang ramai supaya menghormati keputusan dan kehidupan peribadi baginda lebih-lebih lagi melibatkan soal perkahwinannya kelak.

Kenyataan Tengku Hassanal itu sekali gus menafikan bahawa baginda akan menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat ini.

Tengku Hassanal menerusi hantaran di Instagram Story baginda berkata, ini kerana baginda memandang berat soal perkahwinan dan ia harus dibuat dengan teliti serta pada masa yang sesuai.

“Sebagai seorang putera raja dan waris ganti negeri, saya sangat menghargai keprihatinan dan minat yang ditunjukkan terhadap kehidupan peribadi saya oleh orang ramai.

“Saya memohon supaya keputusan berhubung hal peribadi dan privasi mengenai perkahwinan saya pada masa akan datang, dihormati.

“Saya percaya dalam bahagian hidup yang begitu penting, ia harus dibuat dengan teliti dan pada masa yang sesuai,” titahnya.

Pada masa sama, Tengku Hassanal Ibrahim menegaskan buat masa ini baginda komited untuk berkhidmat kepada raja dan negara, dan akan menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.

Dalam catatan seterusnya di Instagram, Tengku Hassanal menulis “No Wedding, takde (tak ada) kahwin” dan “Jangan kacau saya.”

Tengku Hassanal, 28 menjadi perhatian ramai khususnya di kalangan wanita setiap kali mencemar duli bertemu rakyat.

Rata-rata yang hadir tidak melepaskan peluang bergambar dengan Tengku Hassanal. Mk

Jangan kacau saya – Tengku Hassanal

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Harith Iskandar, Dr Jezamine bercerai

Nonny Nadirah buat hal,berkemban sambil menari pula

Mana peminat kami, seru Man Raja Lawak

Hajah Amy Mastura, Alhamdulillah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker