Suhaili saman BERSATU, mohon isytihar pemecatan tidak sah

Suhaili saman BERSATU, mohon isytihar pemecatan tidak sah

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman, mengemukakan saman terhadap BERSATU dengan menuntut perisytiharan bahawa pemecatannya daripada parti itu adalah tidak sah dan menyalahi undang-undang.

Melalui saman difailkan pada 1 Julai lalu melalui firma guaman Firoz Julian, Suhaili menamakan Kapten (B) Datuk Muhammad Suhaimi Yahya sebagai defendan iaitu pegawai awam BERSATU seperti diperuntukkan mengikut Seksyen 9(c) Akta Pertubuhan 1966.



Dalam penyataan tuntutannya, Suhaili berkata, pada atau sekitar 2 November 2023, Lembaga Disiplin BERSATU mengemukakan surat yang memaklumkan pertuduhan telah dibuat terhadapnya atas pelanggaran terhadap Artikel 22.1 (f) perlembagaan parti.

Beliau berkata, surat itu menyatakan satu laporan dibuat berhubung kenyataan akhbarnya yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Katanya, pada 3 November tahun lalu, beliau menulis surat kepada Lembaga Disiplin untuk menjelaskan bahawa kenyataan itu dibuat kerana kegagalan parti menyediakan dana untuk membantu rakyat di Labuan.

Suhaili seterusnya berkata, walaupun memberikan penjelasan yang sah dan munasabah, Lembaga Disiplin secara salah di sisi undang-undang dan tidak rasional memutuskan untuk menggantung keahliannya bagi tempoh enam tahun pada 7 November tahun lalu.



Katanya, susulan dari penggantungan itu, beliau menyaman BERSATU melalui Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 19 Disember tahun lalu, bagaimanapun kes itu dibatalkan atas alasan bidang kuasa wilayah mahkamah.

“Pada 2 Mac lalu, BERSATU mengadakan satu Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM), di mana pindaan kepada perlembagaan telah diluluskan. Mengikut pemahaman saya, pindaan itu menambah 3 sub-klausa kepada perlembagaan.

“Pada 17 Mei lalu, saya menerima satu surat daripada Setiausaha Agung yang menyatakan bahawa saya telah depecat secara automatik oleh parti atas alasan memfailkan saman, berdasarkan Artikel 10.2.6.

“Susulan daripada pemecatan saya, Setiausaha Agung turut menyatakan bahawa saya bukan lagi seorang ahli parti dan oleh itu, kerusi parlimen saya hendaklah dikosongkan,” katanya.



Berdasarkan kepada pemecatannya, Suhaili yang juga bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, memohon perisytiharan antaranya, di bawah Seksyen 41 Akta Relief Spesifik 1950 bahawa pemecatannya yang salah di sisi undang-undang, adalah tidak sah dan bertentangan Seksyen 124B Kanun Keseksaan.

Seksyen 124B menyatakan, barang siapa, dengan apa-apa cara, secara langsung atau tidak langsung, melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun.

Beliau turut memohon perisytiharan di bawah Seksyen 41 Akta Relief Spesifik 1950 bahawa Artikel 10.2.6 Perlembagaan BERSATU adalah bercanggah dan bertentangan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan (perlindungan sama rata di sisi undang-undang).

Turut dipohon, satu perisytiharan bahawa beliau berhak di bawah Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan untuk mencabar pemecatan keahliannya dalam BERSATU.



Berhubung penggantungannya pula, Suhaili memohon perisytiharan di bawah Seksyen 41 Akta Relief Spesifik 1950, bahawa penggantungan itu yang salah di sisi undang-undang kerana menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, adalah perbuatan bertentangan dengan Seksyen 124B Kanun Keseksaan. BH

Suhaili saman BERSATU, mohon isytihar pemecatan tidak sah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Harith Iskandar, Dr Jezamine bercerai

Nonny Nadirah buat hal,berkemban sambil menari pula



Mana peminat kami, seru Man Raja Lawak

Hajah Amy Mastura, Alhamdulillah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker