Sarang pelacuran, judi dibiarkan, termasuk semasa kerajaan dulu
Sarang pelacuran, judi dibiarkan, termasuk semasa kerajaan dulu
Sarang pelacuran dan perjudian haram di Kuala Lumpur terus berkembang walaupun diserbu kerana kemungkinan wujudnya elemen sogokan dan kerana kerajaan terdahulu tidak mengambil serius perkara itu, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Dia bagaimanapun berkata, kerajaan pimpinannya sudah mengambil tindakan agak keras sejak tahun lalu bagi menangani isu berkenaan.
“Menteri Wilayah (Dr Zaliha Mustafa) memang ditugaskan bersama Datuk Bandar (Kuala Lumpur Kamarulzaman Mat Salleh) kerana hal ini dibiarkan sekian lama, termasuk semasa kerajaan dahulu, itu kena faham.
“Jadi apa yang dibincang, pergambaran itu beza dengan kenyataan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Global Madani 2024, di Kuala Lumpur hari ini.
“Saya percaya jika ada sarang pelacuran, sarang perjudian haram, semua ini mesti ada elemen sogokan,” katanya.
Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kegagalan negara membanteras maksiat di ibu negara berbanding kejayaan Indonesia menutup pusat pelacuran terbesar Asia Tenggara, Dolly di Surabaya.
Ditanya jika SPRM akan turut menyiasat perkara itu selain pihak berkuasa tempatan (PBT), perdana menteri berkata dia percaya ia menuju ke arah itu.
Bulan lalu, Menteri Wilayah Persekutuan Dr Zaliha Mustafa memberitahu media bahawa terdapat keperluan untuk mengadakan perbincangan lanjut bagi meluaskan bidang tugas ‘KL Strike Force’ supaya ada tindakan bersepadu untuk menghapuskan sarang pelacuran di ibu negara.
KL Strike Force adalah unit antara agensi yang ditubuhkan pada Mei, untuk memudahkan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan agensi penguatkuasaan.
Skop rujukan awal pasukan itu adalah untuk membanteras pendatang tanpa izin di Kuala Lumpur. Mk
Sarang pelacuran, judi dibiarkan, termasuk semasa kerajaan dulu
Baca Artikel Menarik:
- Pemimpin Umno kena jadi ‘pembangkang’ – Johari
- Rafizi kena jaga mulut
- Bahlol, bodoh Rafizi makan diri
- Tarian pengantin India bersama rakan Melayu jadi viral (Video)
- Mula bergurau, kemudian bergaduh
- Tak perlu lari, runding saja – Anwar
- Kes tumbuk teman wanita, ini kata Ammar Alfian
- ‘Real Taib’ dipenjara 91 bulan, 6 sebatan
- Mamat Exist mengaku ambil dadah
- Muharam bulan Syahrullah
- ‘Berbohong dari dahulu sehingga sekarang, UMNO tidak akan berkerjasama selagi Hadi Awang Presiden PAS’
- Ini rahsia mengapa sepakan penalti England begitu sempurna dalam Euro 2024
- Henti salahkan orang, UMNO kuat MCA & MIC akan turut kuat, jika UMNO lemah begitulah sebaliknya
- ‘Formula Sakti’ Rafizi akhirnya makan diri
- Noh, Annuar ibarat ‘kemuncup di seluar dalam’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mana peminat kami, seru Man Raja Lawak
You must be logged in to post a comment.