Pelakon didakwa pukul kekasih datang balai dengan bapa

Pelakon didakwa pukul kekasih datang balai dengan bapa

Pelakon lelaki yang didakwa memukul teman wanitanya hingga cedera dalam kejadian di Petaling Jaya, Ahad lalu sudah tampil memberi keterangan kepada pihak polis, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar, berkata pelakon berusia 30-an tahun itu tampil kepada pihak polis pada jam 9 malam.



“Pelakon terbabit telah hadir memberi keterangan kepada pegawai penyiasat jam 9 malam tadi ditemani bapanya,” katanya dalam kenyataan ringkas, hari ini.

Tambah beliau, pelakon berkenaan tidak ditahan dan polis hanya merakam keterangannya bagi melengkapkan siasatan.

Dalam pada itu, katanya, polis turut selesai merakam keterangan kakak mangsa yang berada bersama mangsa ketika kejadian.

“Rakaman percakapan kakak mangsa juga sudah diambil. Kertas siasatan akan dikemukakan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk arahan lanjut,” katanya.



Semalam, Shahrulnizam dilaporkan berkata, polis gagal menghubungi pelakon lelaki itu selepas panggilan telefon dan mesej menerusi aplikasi WhatsApp oleh pegawai penyiasat kes tidak berjawab atau dibalas.

“Kita akan membuat panggilan memberi keterangan kepada beliau untuk hadir mengikut Seksyen 111 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) dan beliau sedang dikesan untuk penyampaian panggilan itu.

“Jika selepas penyampaian Seksyen 111 KTJ disempurnakan dan subjek masih gagal mematuhi untuk hadir mengikut tarikh dan masa yang ditentukan, kita akan memohon waran tangkap melalui mahkamah,” katanya.

Pada 7 Julai lalu, seorang wanita mendakwa dipukul teman lelakinya yang juga pelakon dalam kejadian di Ara Damansara, pada jam 3 pagi.



Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa keluar bersama kakaknya sebelum dihubungi suspek yang memarahinya kerana perselisihan faham.

Teman lelaki mangsa kemudian meminta wanita itu untuk datang berjumpanya sebelum mereka bertemu di Ara Damansara.

Sebaik tiba, mangsa masuk ke dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu teman lelakinya dan secara tiba-tiba, teman lelaki mangsa memarahinya dan terus menumbuk mata sebelah kiri serta badan wanita itu. BH

Pelakon didakwa pukul kekasih datang balai dengan bapa



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Harith Iskandar, Dr Jezamine bercerai



Nonny Nadirah buat hal,berkemban sambil menari pula

Mana peminat kami, seru Man Raja Lawak



Hajah Amy Mastura, Alhamdulillah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker