Keputusan Speaker Dewan Rakyat bijaksana selari Perlembagaan Persekutuan

Keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul yang memutuskan tidak berlaku kekosongan kerusi enam bekas ahli Parlimen BERSATU walaupun digugurkan keahlian parti itu disifatkan satu keputusan bijaksana, selari dengan Perlembagaan Persekutuan.

Pandangan itu disuarakan seorang daripada wakil rakyat terbabit Datuk Dr Zulkafperi Hanafi yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang.

“Saya berpendapat Tan Sri Speaker mengambil satu keputusan yang bijaksana atas kepentingan rakyat dan negara serta berpandukan kepada Supremasi Perlembagaan Persekutuan.



“Ia tentunya bagi memastikan keluhuran Perlembagaàn Persekutuan terjamin,” katanya kepada BH hari ini.

Semalam, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan kerusi enam bekas Ahli Parlimen BERSATU yang sebelum ini mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai wakil rakyat.

Muhyiddin mengesahkan perkara itu dimaklumkan Speaker Dewan Rakyat menerusi surat bertarikh Selasa.

Beliau berkata, alasan diberikan Johari adalah dangkal dan bersifat tafsiran songsang sekali gus mendakwa Speaker mencemar Perlembagaan Persekutuan.



Dr Zulkafperi berkata, keputusan itu pastinya dimuktamadkan selepas Speaker meneliti dan mengambil kira arahan di bawah Fasal 10.5 Perlembagaan BERSATU.

Katanya, ia bertentangan dan menafikan hak ahli Dewan Rakyat yang mana mereka dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan-peraturan Majlis Dewan Rakyat serta Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

“Ketiga-tiga perundangan inimenjamin keistimewaan, kebebasan bercakap, berbahas dan mengundi kepada Ahli Dewan Rakyat.

“Dengan kata lain Perlembagaan Persekutuan mengatasi dan tidak boleh terikat kepada Fasal 10.5Perlembagaan Parti yang cuba mengehadkan kebebasan Ahli Dewan Rakyat untuk bertindak ‘bebas’ di Dewan Rakyat,” katanya.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Harith Iskandar, Dr Jezamine bercerai



Nonny Nadirah buat hal,berkemban sambil menari pula

Mana peminat kami, seru Man Raja Lawak



Hajah Amy Mastura, Alhamdulillah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker