Tawaran haji akan dimaklumkan dua tahun lebih awal – Tabung Haji

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) merancang memaklumkan tawaran haji kepada bakal haji dua tahun lebih awal daripada tahun giliran, antaranya bagi mengatasi isu pendeposit menolak tawaran menunaikan haji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata seramai 10,036 individu menolak tawaran menunaikan haji bagi musim 1445H/2024M yang dikeluarkan kepada 31,600 orang di bawah kuota rasmi negara diperuntukkan Kerajaan Arab Saudi.

Beliau berkata perancangan itu antara yang terkandung dalam Blueprint Haji bagi menambah baik dan meningkatkan kualiti perkhidmatan.



Langkah itu, katanya akan memberi masa kepada bakal jemaah untuk mencukupkan simpanan bagi kos haji dan juga membuat persediaan dari segi kesihatan dan apa-apa keperluan yang lain.

Katanya, individu yang menolak tawaran itu memohon untuk menangguhkan tawaran atas pelbagai faktor seperti masalah kesihatan, kewangan, peribadi, urusan keluarga dan pendidikan anak dan masalah cuti selain ada yang tidak menjawab tawaran.

“Semua pendeposit Tabung Haji tanpa mengira peringkat umur, boleh membuat pendaftaran haji dan akan dipilih untuk menunaikan fardu haji apabila tiba giliran tahun yang diperuntukkan kepada mereka berdasarkan prinsip yang mendaftar dahulu akan didahulukan. Sistem pendaftaran terbuka itu diterima pakai oleh umum sejak 1995.

“Walaupun segala persediaan telah dilakukan untuk pergi menunaikan haji, masih terdapat bakal jemaah haji menangguhkan tawaran haji atas pelbagai sebab dan terutamanya kerana tidak dapat memenuhi syarat istito’ah seperti kesihatan dan kewangan.



“Jika mereka menunda atau menangguh panggilan haji pada tahun semasa, peluang jemaah haji berkenaan masih ada untuk tahun akan datang tertakluk kepada kekosongan,” katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen.

Beliau menjawab soalan Datuk Adnan Abu Hassan (BN-Kuala Pilah) yang meminta Perdana Menteri menyatakan bilangan calon jemaah haji yang mendapat tawaran dan bilangan calon yang menolak tawaran pada 2024; dan apakah usaha kerajaan bagi menangani masalah penolakan tawaran dan sebab utama mereka menolak tawaran itu.

Mohd Na’im berkata semua pendeposit Tabung Haji tanpa mengira peringkat umur, boleh membuat pendaftaran haji dan akan dipilih untuk menunaikan fardu haji apabila tiba giliran tahun yang diperuntukkan kepada mereka berdasarkan prinsip yang mendaftar dahulu akan didahulukan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Harith Iskandar, Dr Jezamine bercerai



Nonny Nadirah buat hal,berkemban sambil menari pula

Mana peminat kami, seru Man Raja Lawak



Hajah Amy Mastura, Alhamdulillah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker