Bahagian mana yang saya tak baca tu, Muhyiddin tanya Anwar

Bahagian mana yang saya tak baca tu, Muhyiddin tanya Anwar

Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankan tindakannya mempertikai keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, mengekalkan kerusi disandang enam Ahli Parlimen BERSATU yang sudah diisytiharkan hilang keahlian dalam parti.

Menegaskan beliau sudah benar-benar memahami peruntukan Perlembagaan, Presiden BERSATU yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu sebaliknya membidas Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan mendakwa Perdana Menteri itu sebenarnya tidak memahami Perlembagaan berkaitan akta antilompat parti.



“Anwar kata saya baca sebahagian saja daripada Perlembagaan. Saya nak tanya Anwar bahagian mana yang saya tak baca tu?

“Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan mana-mana Ahli Parlimen yang terhenti menjadi ahli partinya maka kerusinya di Dewan Rakyat hendaklah dikosongkan,” katanya melalui kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri meminta Muhyiddin membaca tafsiran undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung akta antilompat secara keseluruhan dan bukan diambil sebahagiannya sahaja.

Ia susulan tindakan Muhyiddin semalam yang mendakwa alasan dikemukakan Johari berhubung pengekalan enam bekas ahli BERSATU itu sebagai wakil rakyat, adalah dangkal dan tafsiran dibuat songsang sekali gus mencemar Perlembagaan Persekutuan.



Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, selaras peruntukan Perlembagaan, BERSATU membuat pindaan kepada perlembagaan parti untuk memasukkan keadaan di mana wakil rakyat parti itu terhenti keahliannya serta-merta apabila gagal mematuhi arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).

Beliau berkata, antara arahan bertulis diberikan kepada mereka ialah supaya menarik balik sokongan diberikan kepada Anwar sebagai Perdana Menteri kerana itu bercanggah dengan dasar parti dan mandat rakyat yang memilih mereka.

Katanya, jika enam ahli Parlimen itu menarik balik sokongan dan kembali ke pangkal jalan dalam tempoh ditetapkan dalam arahan terbabit, maka mereka kekal sebagai ahli parti dan kekal sebagai ahli Parlimen.

“Itulah semangat yang tersurat dan tersirat dalam Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan. Masalahnya mereka (enam Ahli Parlimen itu) dengan sengaja tidak mematuhi arahan parti dengan berterusan menyokong pihak parti lawan.



“Maka terhentilah keahlian mereka dalam BERSATU serta-merta mengikut peruntukan Fasal 10.4 Perlembagaan BERSATU dan berlakulah kekosongan kerusi mereka di Dewan Rakyat menurut Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan.

“Saya faham betul peruntukan Perlembagaan ini. Yang tak (tidak) faham ialah Anwar,” katanya.

Enam Ahli Parlimen yang dikekalkan kedudukan sebagai wakil rakyat walaupun keahlian mereka digugurkan daripada BERSATU adalah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).

Keputusan itu bertentangan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mengisytiharkan kerusi DUN Nenggiri kosong berkuat kuasa 19 Jun lalu susulan penyandangnya sebelum ini, Mohd Azizi, dilucutkan keahlian daripada BERSATU.



Kekosongan luar jangka kerusi DUN Nenggiri selepas DUN Kelantan menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Tubuh daripada Mohd Azizi selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri pada 13 Jun lalu.

Kerajaan pada 2022 meluluskan Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663) yang melarang Ahli Dewan Rakyat bertukar parti. BH

Bahagian mana yang saya tak baca tu, Muhyiddin tanya Anwar

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Harith Iskandar, Dr Jezamine bercerai

Nonny Nadirah buat hal,berkemban sambil menari pula



Mana peminat kami, seru Man Raja Lawak

Hajah Amy Mastura, Alhamdulillah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker