Alif Teega dan isteri direman 4 hari bantu siasatan

Alif Teega dan isteri direman 4 hari bantu siasatan

Dua pempengaruh yang juga suami isteri direman empat hari di Mahkamah Majistret Putrajaya bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan sejak 2022.

Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin mengeluarkan perintah reman terhadap lelaki berusia 30 tahun dan isterinya 26 tahun itu selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Peguam Abd Rahim Ali mewakili pasangan itu berkata, SPRM memohon perintah reman tujuh hari, tetapi mahkamah hanya membenarkan perintah tahanan sehingga Ahad ini.

Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009 membabitkan kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan.

“Dua anak guam saya ditahan bukan membabitkan penyelewengan kutipan bantuan, sebaliknya kes salah guna kuasa mengikut Seksyen 23 (1) akta itu.

“Jadi, kami membuat bantahan sebab tak kena dengan seksyen yang dimohon SPRM, hakikatnya mereka bukan penjawat awam,” katanya menurut Sinar Harian.

Dalam perkembangan sama, dua lelaki berpangkat pengarah dan pemegang saham terbesar sebuah platform kutipan bantuan turut direman mulai hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan seorang ahli perniagaan tudung ditahan SPRM pada 6.40 petang semalam, yang menurut sumber berhubung siasatan kutipan derma jutaan ringgit dan wang itu difahamkan tidak disalurkan secara betul. FMT

Alif Teega dan isteri direman 4 hari bantu siasatan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Harith Iskandar, Dr Jezamine bercerai

Nonny Nadirah buat hal,berkemban sambil menari pula

Mana peminat kami, seru Man Raja Lawak

Hajah Amy Mastura, Alhamdulillah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker