Saya tak tipu – Syed Saddiq
Saya tak tipu – Syed Saddiq
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menafikan dirinya menipu untuk menaiki podium dalam pertandingan triathlon disertainya, baru-baru ini.
Beliau menolak dakwaan dibangkitkan seorang pengguna media sosial berkait ‘melengkapkan acara berbasikal dengan dua pusingan (60km)’ sahaja, berbanding tiga pusingan dikehendaki, iaitu 90km.
“Saya memakai gelang buku lali sepanjang perlumbaan, merekodkan masa dan melepasi semua ‘checkpoints’.
“Apabila saya menyedari saya menamatkannya lebih cepat daripada dijangka dalam acara berbasikal, saya juga menyemak semula dengan pasukan pertama teknikal perlumbaan (unit bertanggungjawab bagi perubahan acara renang ke berbasikal),” katanya dalam video dikongsi dalam Instagram Reels.
Katanya, beliau juga menghubungi pihak penganjur semalam untuk berhubung dengan pasukan teknikal dan mengesahkan sekali lagi pencapaiannya.
Syed Saddiq, bekas presiden Muda, menyertai Kejohanan Triathlon Desaru 113 hujung minggu lalu, muncul pemenang ketiga yang mana beliau mendakwa menamatkan saingan dengan catatan masa keseluruhan lima jam 44 minit.
Bagaimanapun, pengguna sosial media berkenaan, berkata Syed Saddiq tidak mungkin menamatkan acara berbasikal dalam tempoh dua jam 37 minit, memandangkan beliau mengambil masa tiga jam 31 minit melengkapkan acara berbasikal ketika menyertai perlumbaan Ironman, pada Mei.
“Pelumba terpantas dari Sepanyol melakukan (acara berbasikal) dalam tempoh dua jam 31 minit. Adakah anda sepantas itu?” soal pengguna itu.
Dalam maklum balasnya, Syed Saddiq berkata ‘perbandingan epal dengan epal’ tidak boleh dibuat dalam dua perlumbaan berbeza, sambil menambah beliau ‘nyawa-nyawa ikan’ pada perlumbaan Ironman selepas kunjungan ke Singapura.
“Saya tidur hanya empat jam sejak (kembali dari) Singapura. Saya hanya kembali sekitar 1 pagi dan bangun 4.30 pagi,” katanya.
Katanya, beliau turut mengalami kejang perut ketika Ironman dan dikenakan penalti masa sekitar lima ke 10 minit pada perlumbaan.
Bagaimanapun, pengguna media sosial mengkritik penjelasannya, sambil menggesa dipaparkan data masa direkod dalam larian dan berbasikal, menerusi aplikasi Strava.
“Papar data Strava anda. Beberapa gambar foto akan menjelaskan segalanya, dan anda boleh jimatkan kertas,” ulas seorang warganet merujuk penggunaan kertas oleh Syed Saddiq dalam videonya. FMT
Saya tak tipu – Syed Saddiq
Baca Artikel Menarik:
- Pemimpin Umno kena jadi ‘pembangkang’ – Johari
- Rafizi kena jaga mulut
- Bahlol, bodoh Rafizi makan diri
- Tarian pengantin India bersama rakan Melayu jadi viral (Video)
- Mula bergurau, kemudian bergaduh
- Tak perlu lari, runding saja – Anwar
- Kes tumbuk teman wanita, ini kata Ammar Alfian
- ‘Real Taib’ dipenjara 91 bulan, 6 sebatan
- Mamat Exist mengaku ambil dadah
- Muharam bulan Syahrullah
- ‘Berbohong dari dahulu sehingga sekarang, UMNO tidak akan berkerjasama selagi Hadi Awang Presiden PAS’
- Ini rahsia mengapa sepakan penalti England begitu sempurna dalam Euro 2024
- Henti salahkan orang, UMNO kuat MCA & MIC akan turut kuat, jika UMNO lemah begitulah sebaliknya
- ‘Formula Sakti’ Rafizi akhirnya makan diri
- Noh, Annuar ibarat ‘kemuncup di seluar dalam’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.