‘Real Taib’ dipenjara 91 bulan, 6 sebatan

‘Real Taib’ dipenjara 91 bulan, 6 sebatan

Muar: “Kamu sepatutnya fikir keluarga sebelum buat kesalahan, ambillah hukuman ini sebagai pengajaran,” demikian teguran Majistret Fatin Dalilah Khalid terhadap seorang penganggur selepas menjatuhi hukuman 91 bulan penjara, enam sebatan serta denda RM5,500, hari ini.

Samsir Majid, 41, yang juga tertuduh pertama yang berhadapan sembilan pertuduhan, dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas kesalahan melakukan khianat terhadap mesin ATM, menggunakan kad ATM milik orang ramai serta menyamar sebagai warga Indonesia menggunakan nama ‘Real Taib’.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat, tertuduh yang juga bapa kepada 10 anak didakwa menyalahkangunakan harta milik empat individu hingga menyebabkan kerugian RM2,750, RM7,780, RM7,500 dan RM33,750.

Keempat-empat kejadian ini berlaku di tiga bank terletak di Jalan Abdullah dan Parit Jawa di sini, antara 16 Mac hingga 1 Jun lalu.

Bagi pertuduhan kelima dan keenam, dia didakwa melakukan khianat dengan merosakkan tempat memasukkan kad ATM milik Public Bank dan Bank Rakyat dengan cara memasukkan keratan getah tempat duduk motosikal, pada jam 8.15 dan jam 10.53 pagi, 29 April serta 1 Jun lalu.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh bersama dua rakan subahat, Mohmad Safuan Rahim, 31, dan Muhd Roslan Ibrahim, 43, menggunakan taktik meletakkan keratan getah tempat duduk motosikal pada kad ATM sebelum memasukkannya ke dalam mesin ATM.

Ini menyebabkan slot itu tersangkut dan pengguna tidak dapat mengeluarkan wang. Tertuduh pertama akan menghampiri mangsa kononnya mahu membantunya namun pada masa sama akan menukar kad palsu dengan kad milik mangsa.

Apabila mangsa pulang ke ke rumah selepas gagal mengeluarkan wang, tertuduh akan mengambil kesempatan menggunakan kad untuk mengeluarkan simpanan mangsa.

Bagaimanapun, perbuatan itu berjaya dirakam kamera litar tertutup di bank terbabit dan tertuduh berjaya ditahan pada 15 Jun lalu.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Norellywati Ibrahim manakala tertuduh diwakili Nor Hafizah Abdullah daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Mahkamah kemudian memutuskan semua hukuman penjara yang dikenakan terhadap tertuduh berjalan secara serentak. HM

‘Real Taib’ dipenjara 91 bulan, 6 sebatan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami di Kelantan, macam mana nak buat baby – Fazura

M Jamil bahagia bersama isteri keempat – Anak

Nama Mamat Sepah disebut-sebut netizen

Bella Astillah sindir Ruhainies tak pandai menangis depan kamera

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker