Menteri santau Presiden untuk dapat jawatan
Menteri santau Presiden untuk dapat jawatan
Menteri Alam Sekitar dan Iklim Maldives, Fathimath Shamnaz Ali Saleem, ditahan polis di ibu negara Male atas tuduhan ilmu hitam terhadap Presiden Dr. Mohamed Muizzu.
Penangkapan ini menimbulkan kekecohan di kalangan orang ramai dan media tempatan.
Menurut laporan South China Morning Post, Shamnaz yang secara resmi menjabat sebagai Menteri Negara Lingkungan Hidup, Perubahan Iklim dan Tenaga, ditahan pada Ahad bersama dua individu lain yang identinya tidak didedahkan.
Penahanan Shamnaz selama seminggu adalah sebahagian daripada siasatan yang sedang dijalankan.
Bagaimanapun, polis masih belum memberikan penjelasan terperinci berhubung punca penahanan itu.
Media Maldives, The Sun, melaporkan Shamnaz didakwa melakukan ilmu hitam terhadap Presiden Dr. Mohamed Muizzu, tetapi polis tidak mengesahkan atau menafikan laporan itu.
Shamnaz memegang jawatan penting dalam menangani isu perubahan iklim di Maldives, sebuah negara di barisan hadapan krisis iklim global.
Pakar alam sekitar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memberi amaran bahawa peningkatan paras laut boleh menyebabkan Maldives hampir tidak dapat didiami menjelang akhir abad ini.
Walaupun amalan ilmu hitam tidak dianggap sebagai kesalahan jenayah di bawah undang-undang sekular Maldives, ia boleh dihukum penjara sehingga enam bulan di bawah undang-undang syariah Islam yang terpakai di negara majoriti Islam ini.
Masyarakat di pelbagai wilayah di Maldives sering mengamalkan upacara tradisional dengan kepercayaan bahawa upacara ini boleh membawa kebaikan kepada diri mereka sendiri dan mengutuk musuh.
Dalam kejadian pada April 2023, seorang wanita berusia 62 tahun dibunuh oleh tiga jiran di kawasan Manadhoo selepas dia dituduh melakukan upacara sihir hitam.
Bagaimanapun, polis gagal menemui bukti menunjukkan wanita itu terlibat dalam kegiatan sihir.
Penahanan Shamnaz mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan orang ramai dan mencetuskan perbincangan mengenai pengaruh kepercayaan tradisional terhadap kehidupan moden di Maldives.
Diharap pihak berkuasa dapat menyelesaikan siasatan ini dengan adil dan telus bagi mengekalkan keharmonian dan kestabilan negara. Vc
Menteri santau Presiden untuk dapat jawatan
Baca Artikel Menarik:
- Pemimpin Umno kena jadi ‘pembangkang’ – Johari
- Rafizi kena jaga mulut
- Bahlol, bodoh Rafizi makan diri
- Tarian pengantin India bersama rakan Melayu jadi viral (Video)
- Mula bergurau, kemudian bergaduh
- Tak perlu lari, runding saja – Anwar
- Kes tumbuk teman wanita, ini kata Ammar Alfian
- ‘Real Taib’ dipenjara 91 bulan, 6 sebatan
- Mamat Exist mengaku ambil dadah
- Muharam bulan Syahrullah
- ‘Berbohong dari dahulu sehingga sekarang, UMNO tidak akan berkerjasama selagi Hadi Awang Presiden PAS’
- Ini rahsia mengapa sepakan penalti England begitu sempurna dalam Euro 2024
- Henti salahkan orang, UMNO kuat MCA & MIC akan turut kuat, jika UMNO lemah begitulah sebaliknya
- ‘Formula Sakti’ Rafizi akhirnya makan diri
- Noh, Annuar ibarat ‘kemuncup di seluar dalam’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Harith Iskandar, Dr Jezamine bercerai
You must be logged in to post a comment.