Ambulans terbabas masuk parit, pesakit dan petugas cedera

Ambulans terbabas masuk parit, pesakit dan petugas cedera

Empat individu termasuk seorang lelaki warga emas cedera selepas ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dinaiki mereka terbabas ke dalam parit berdekatan Jalan Tol Kamunting, Taiping hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 pagi.

Katanya kemalangan tersebut membabitkan pesakit lelaki berusia 68 tahun serta dua lelaki dan seorang wanita yang merupakan petugas KKM berusia lingkungan usia 20 hingga 57 tahun.

“Lelaki warga emas dan wanita berkenaan mengalami kecederaan parah manakala dua lelaki pula hanya cedera ringan.

“Warga emas itu adalah pesakit yang dibawa menaiki ambulans dari Hospital Parit Buntar ke Hospital Taiping bagi pemeriksaan kesihatan.

“Kemalangan berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Hospital Parit Buntar,” katanya dalam satu kenyataan.

Sabarodzi berkata semua mangsa telah dibawa ke Hospital Taiping menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS). Mk

Ambulans terbabas masuk parit, pesakit dan petugas cedera

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami di Kelantan, macam mana nak buat baby – Fazura

M Jamil bahagia bersama isteri keempat – Anak

Nama Mamat Sepah disebut-sebut netizen

Bella Astillah sindir Ruhainies tak pandai menangis depan kamera

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker