Umat Islam Malaysia wajib sokong RUU Mufti WP

Umat Islam Malaysia wajib sokong RUU Mufti WP

IPOH: Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNPk) menyokong penuh Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 untuk memberi takrifan kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) yang sudut akidahnya bersumberkan aliran al-Asyairah dan al-Maturidiah.

Menyifatkan RUU terbabit bukti kesungguhan kerajaan memperkemas tadir urus hal ehwal Islam, terutama pada isu takrifan ASWJ, jabatan itu menjelaskan, RUU itu wajib disokong demi menjamin kesejahteraan umat Islam negara ini.



JMNPk merujuk Perkara 4 yang mentakrifkan ASWJ dari sudut akidah bersumberkan aliran al-Asya’irahal-Asya’irah dan al-Maturidiah, selain penekanan kepada Fiqh Mazhab Syafie dan meraikan tiga mazhab yang lain.

“Selain itu, perkara berkaitan ilmu tasawuf melalui Imam al-Ghazali dan Imam Junaid. Maka, seluruh umat Islam khususnya, wajib memberikan sokongan kepada pelaksanaan (undang-undang) ini,” menurut jabatan itu dalam hantaran di Facebook.

Oktober lalu, satu dokumen dinamakan ‘Deklarasi Ipoh’ yang mengandungi hasil Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah iaitu Sultan Perak yang berlangsung di sini, menyenaraikan beberapa fahaman bidaah lagi menyesatkan yang terkeluar daripada ASWJ.

Antara fahaman bidaah disenaraikan adalah Syiah, Khawarij, Mujassimah, Mushabbihah, Muktazilah, Batiniyyah, Liberalisme, Pluralisme, Sekularisme, Wahabi, Salafiah Jihadiah, Daesh, Al-Ikhwan atau sebarang fahaman yang membawa kepada fenomena takfir dan keganasan.



Terdahulu media melaporkan Mufti Pahang, Prof Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim, mengajak umat Islam untuk mendokong RUU berkenaan, sekali gus memperkemaskan takrifan ASWJ, antara lain dapat mencegah dengan perlakuan ekstremism dan mampu mengekang fahaman radikal.

Mufti Sabah, Datuk Bungsu Aziz Jaafar pula dilapor berkata, RUU itu sangat relevan kerana dilihat mampu memperkukuhkan asas Islam sedia ada, malah mampu mengekang ekstremism dan radikalism agama pada masa ini.

RUU Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024 antara tiga RUU berkaitan hal ehwal Islam yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Selasa lalu.

Selain itu, RUU Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024 dan RUU Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024. BH



Umat Islam Malaysia wajib sokong RUU Mufti WP

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelawak, isteri direman, bantu siasatan kes sebar maklumat dalaman polis



Waran tangkap saya tidak masuk akal – Norjuma

Fazura akhirnya bersuara mengenai rumahtangganya



Candat sotong tepi highway Guthrie (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker