Kerajaan perlu nyatakan pendirian Titah Adendum Najib – UMNO Kedah
Kerajaan perlu nyatakan pendirian Titah Adendum Najib – UMNO Kedah
UMNO Kedah kecewa dengan keputusan Mahkahah Tinggi yang menolak kebenaran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menyemak kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Justeru itu, Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menyeru agar kerajaan perpaduan menyatakan pendirian akan kewujudan surat titah tersebut.
“UMNO Kedah percaya, pendirian ini penting bagi memastikan hak Datuk Seri Najib sebagai warganegara untuk mendapat keadilan dan status tersebut dapat diberikan seadil-adilnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Awal hari ini, Najib gagal mendapat kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16, supaya beliau menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah.
Mahkamah Tinggi melalui hakim bicara, Datuk Amarjeet Singh membuat keputusan itu selepas mendapati semua afidavit yang difailkan untuk menyokong permohonan Najib hanya sekadar ‘dengar cakap’ dan khabar angin sahaja.
Ia termasuk afidavit Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Dalam pada itu, Shaiful Hazizy menggesa agar pihak yang mempunyai bukti terhadap adendum tersebut tampil ke hadapan.
“UMNO Negeri Kedah menggesa dan merayu agar pihak-pihak yang mempunyai bukti dan pengetahuan tertentu akan kewujudan perintah tersebut untuk tampil dan pada masa yang sama merungkaikan persoalan dan dilema yang besar ini,” katanya.
Sebelum ini, Najib memohon perintah mandamus mengarahkan sama ada semua responden atau seorang daripada mereka menjawab dan mengesahkan kewujudan dekri tambahan bertarikh 29 Januari 2024.
Najib juga memohon perintah mandamus bahawa jika dekri itu wujud, semua atau satu daripada responden mesti menguatkuasakannya serta-merta dengan memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur untuk menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan di rumah.
Beliau kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. MG
Kerajaan perlu nyatakan pendirian Titah Adendum Najib – UMNO Kedah
Baca Artikel Menarik:
- Aliff, Ruhainies tak mengaku salah berkhalwat
- Tahanan rumah: Mahkamah tolak permohonan Najib
- Bruno Mars pro Israel, tiket konsert di KL ‘sold out’
- Ulam awet muda
- Lombong emas di Kelantan bikin Dewan Rakyat kecoh
- Azam Baki tak sebar tohmahan babit agensi penguat kuasa – SPRM
- Pemimpin DAP, baca buku saya – Bose
- ‘Masjid dalam kebun’ jana pendapatan
- Koperal ditemui maut tergantung di dapur rumahnya
- 3 wakil parti politik kerajaan perpaduan buat laporan polis terhadap Wan Fayhsal
- Kalau berdepan aku pukul si suami – Achey
- ‘Mungkin Allah jentik hati saya’
- Ayu Ting Ting putus tunang dengan abang tentera
- Warren Buffett dermakan RM25 bilion
- Anwar tegur Saifuddin supaya patuh peraturan Parlimen
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelawak, isteri direman, bantu siasatan kes sebar maklumat dalaman polis