‘PN guna strategi sulit sangat, tak ada apa aih’
‘PN guna strategi sulit sangat, tak ada apa aih’
Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail hari ini menolak dakwaan pemimpin pembangkang bahawa polis digunakan untuk mengintip aktiviti kempen mereka pada pilihan raya kecil (PRK) Sungai Bakap di Pulau Pinang.
Saifuddin berkata demikian bagi menjawab soalan Awang Hashim (PN-Pendang) yang menggesa kerajaan berhenti menggunakan pasukan keselamatan untuk menekan parti pembangkang semasa kempen pilihan raya itu.
“Pendang toksah risau la tak ada apa rahsia pun strategi belah sana nak menggugat kami.
“Kami tak seriau (takut) apa pun. Semua strategi belah sana tu istilahnya so predictable, boleh jangka dah lepas ni nak buat apa.
“Tak gaduh (tak ada masalah) hantaq polis la,” kata Saifuddin semasa ucapan penggulungan laporan tahunan Suhakam.
Terdahulu, Awang mendakwa pihak polis memeriksa pejabat PN di Sungai Bakap dan meneliti minit mesyuarat jentera parti yang mengandungi strategi gabungan itu.
Selain itu katanya ramai anggota polis dikerahkan mengawasi ceramahnya baru-baru ini dan membuat rakaman.
“Kami parti yang berdaftar dalam negara kita, yang legal, bukan illegal, jadi hak asasi kami ni sebagai parti dalam negara ni perlu dihormati.
“Sampai ke bilik mesyuarat, minit mesyuarat kami, apa keputusan-keputusan strategi kami pun nak diketahui pihak polis,” dakwanya.
Mengulas lanjut, Saifuddin berkata polis dihantar ke Sungai Bakap bagi mengawasi keselamatan dan bukan mengintip pembangkang.
“Kalau setakat Pendang nak ceramah ka apa semua, ceramah la. Nak tau strategi apa yang sulit sangat, tak ada apa aih,” katanya.
Saifuddin turut memberi jaminan Awang bebas berkempen selagi tidak menyentuh perkara 3R (agama, kaum dan raja).
“Ini saya bagi jaminan, tak usah risau la. Malam ni, nak pi pi lah, tak ada kacau apa. Nak kata apa pun kata la, asal jangan masuk dalam kategori 3R. Itu saja.
“Hat tu polis pi tanya habaq la. Hat lain tak gaduh (tak ada masalah,” kata Saifuddin. Mk
‘PN guna strategi sulit sangat, tak ada apa aih’
Baca Artikel Menarik:
- Hafidz, Shuhada diminta berhenti meroyan
- Suara mengilai atas bumbung masjid
- Russia serang New York, 60 maut
- Naik Vellfire curi bungkusan atas pagar rumah
- Jay Jay yang lumpuh separuh badan kini semakin pulih
- Honda City langgar kereta peronda, 2 anggota polis cedera
- Pemandu maut Lamborghini terbabas, terbakar
- Sanusi mahu polis siasat kenyataan ‘Tokong’ oleh Tunku Ismail
- Polis siasat akaun media sosial tuduh TMJ terlibat rasuah
- Umno talian hayat PAS jadi kerajaan
- Seberang sungai dengan kereta kebal, lima askar temui ajal
- Anwar ‘betulkan’ Rafizi, subsidi petrol RON95 belum ada keputusan
- Kalau Aliff Aziz, minta maaf – Sophia Albarakbah
- Seks tanpa rela dengan 2 wanita Mongolia, bekas polis diarah bayar RM820k
- Bila TMJ pertikai pusingan U MFL, Sanusi tampil sokong Selangor FC
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nora Danish enggan dedah penyakit Nedim
You must be logged in to post a comment.