Gelar apa saja, saya teguh urus negara – Anwar

Gelar apa saja, saya teguh urus negara – Anwar

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan politik kebencian dibawa pembangkang dengan melabel beliau dengan pelbagai gelaran, tidak menjejaskan tumpuannya untuk mengurus negara.

Merujuk kepada kempen pembangkang di PRK Sungai Bakap, Anwar yang juga menteri kewangan berkata beliau maklum mengenai pelbagai gelaran yang dilemparkan terhadapnya termasuk ejen Yahudi, dajjal, dan menjual negara kepada China.

“Apa saja mereka tak panggil saya. Mengenai BlackRock pun mereka kata saya ejen Yahudi, baik dengan Hamas pun dihina.

“Saya hanya jawab sikit-sikit tapi sering kali saya tak peduli kerana saya fikir kita punya tugas (lagi berat) dan ia tidak mudah. Fakta tidak dipeduli sama sekali, yang dilontarkan hanya kebencian.

“Apakah ini harus mengganggu kita? Tidak, ia tidak akan ganggu kita,” katanya ketika menyampaikan amanat pada majlis perhimpunan bulanan bersama warga Kementerian Kewangan.

Dalam pada itu, Anwar turut menggesa semua jabatan penguatkuasaan merentasi pelbagai kementerian dan agensi kerajaan meningkatkan kutipan hasil cukai seiring ekonomi negara yang semakin berkembang.

Menurutnya, peningkatan hasil cukai amat penting bagi membolehkan rancangan pembangunan prasarana awam termasuk tebatan banjir dan kemudahan air bersih dapat dilaksanakan mengikut jadual.

“Pelabur nak datang kita kena sediakan kemudahan asas yang baik tapi ada sesetengah tempat masalah air pun belum selesai contoh di Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Sabah.

“Ini semua menelan belanja tinggi… tebatan banjir puluhan bilion, bekalan air puluhan bilion… (sumber dana) dari mana? Mesti dari hasil yang munasabah (cukai),” katanya.

Justeru, beliau berharap pasukan penguatkuasaan di negara ini mengutip hasil negara dengan baik mengikut lunas undang-undang tanpa mengambil ‘jalan singkat’.

“Semua badan penguatkuasa kena ambil sikap tidak menarah, elakkan daripada kecurangan,” katanya sambil menegaskan jika ketirisan masih berlaku, ia akan mengundang malapetaka kepada negara.

“Kita susah payah umpamanya buat penyasaran subsidi diesel tetapi bidang penguatkuasaan, kebocoran masih diteruskan ia tak adil dan mengundang malapetaka kepada negara.

“Sebab itu saya harap kita semua jalankan tugas dengan baik.” FMT

Gelar apa saja, saya teguh urus negara – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nora Danish enggan dedah penyakit Nedim

Fazura, Fattah bermasalah, dakwa netizen

Kenapa produk Neelofa ni, siap berair?

Nora Danish tutup aurat sebab jaga bekas suami

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker