SG4 bukan untuk ceramah politik sahaja, PAS diberitahu

SG4 bukan untuk ceramah politik sahaja, PAS diberitahu

Penganalisis berkata PAS perlu menghebahkan pencapaiannya menerusi kumpulan empat negeri ditadbir PAS (SG4) yang hampir setahun ditubuhkan untuk menunjukkan kesediaan ‘melangkah’ ke Putrajaya.

Sehubungan itu, sambutan khas SG4 bakal diadakan September depan diumumkan Naib Presiden Ahmad Samsuri Mokhtar harus menjadi platformnya berbuat demikian, bukan semata-semata menjadi medan ceramah politik.



Zaireeni Azmi dari Universiti Sains Malaysia berkata pentas ceramah politik sahaja tidak memadai untuk membuktikan kemampuan pentadbiran sebalik menunjukkan data meyakinkan pengundi luar sasarannya seperti komuniti bukan Melayu.

“Pentas ceramah politik bukan tempat nak tunjuk pentadbir bagus tapi kena cari platform tonjol kredibiliti.

“Perlu lakukan sesuatu yang konkrit..kalau boleh buat sesi dialog dengan ahli akademi dan libat libat urus bersama orang ramai (untuk bincang data pencapaian SG4),” katanya kepada FMT.

Isnin lalu, Samsuri yang juga menteri besar Terengganu berkata empat negeri ditadbir PAS termasuk Kedah, Perlis dan Kelantan sedang menyelaras gerak kerja untuk menjayakan sebuah program SG4, September depan.



SG4 ditubuhkan Oktober tahun lalu selepas PRN mengekalkan pentadbiran di Kedah, Kelantan dan Terengganu selain merampas Perlis pada PRU15, mereka melantik bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat tidak rasmi.

Gagasan itu memfokuskan lima kluster iaitu infrastruktur dan logistik; perdagangan, pelaburan dan perniagaan termasuk industri pelancongan; pertanian dan sekuriti makanan; perundangan dan modal insan; dan sumber dan pendapatan baharu.

Baru-baru ini, Exco Terengganu Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata kerjasama antara empat negeri itu saling melengkapi yang dapat dilihat menerusi penghasilan unsur nadir bumi (REE) yang 40% deposit di Terengganu, selain masing-masing 20% di Kelantan serta Kedah.

Lau Zhe Wei dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pula berkata ketika ini tidak nampak sebarang hebahan kejayaan ekonomi dicapai melalui SG4.



Katanya, sebarang kejayaan perlu diumumkan kerana setiap dasar dan kejayaan seperti pelaburan akan melibatkan peranan rakyat.

“Contohnya kalau hebah pembinaan stesen Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) rakyat kena tahu kerana mereka yang gunakannya, semuanya harus dihebahkan tetapi tak banyak perkara diumumkan,” katanya.

Felo Majlis Profesor Negara, Azmi Hassan, berkata negeri SG4 tidak sepatutnya menuding jari kepada persekutuan sekiranya gagal menyelesaikan sesuatu perkara terutama berkaitan masalah air di Kelantan dan pembinaan Lapangan Terbang Kulim, Kedah.

“Sebenarnya mereka tak boleh dabik dada boleh mengurus dengan baik, ketika diperkenalkan SG4 saya ingat idea itu boleh memakan diri sendiri kerana tiada apa (pencapaian) boleh ditunjukkan,” katanya. FMT



SG4 bukan untuk ceramah politik sahaja, PAS diberitahu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nedim masuk ICU, Nora Danish kata “stay strong daddy”



Netizen mahu tindakan diambil terhadap ‘rider’ Domino Pizza lawan arus (Video)

Tajikistan larang penggunaan hijab dan ribuan masjid ditutup



Sebak lihat wajah ibu kandung selepas 27 tahun terpisah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker