Peruntukan MP pembangkang, tunggu saya berlari dulu – Fadillah
Peruntukan MP pembangkang, tunggu saya berlari dulu – Fadillah
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berseloroh ketika ditanya mengenai status peruntukan untuk Ahli Parlimen pembangkang.
Ketika menjawab pertanyaan pemberita, beliau cuma memberi maklum balas ‘untuk peruntukan tunggu saya berlari (terlebih) dulu.”
Selepas itu, tiada ulasan lanjut oleh Fadillah mengenai status peruntukan diminta Ahli Parlimen pembangkang.
Pagi tadi, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mendakwa wakil rakyat pembangkang termasuk dirinya masih lagi berdepan diskriminasi untuk memperoleh peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.
Susulan itu, bekas Menteri Belia dan Sukan itu memulakan inisiatif ‘Langkah Muar’ dengan membuat larian sejauh 200 kilometer untuk mengumpul dana bagi kawasan Parlimennya.
Syed Saddiq memulakan ‘Langkah Muar’ pada Jumaat lalu sebagai tanda protes terhadap kerajaan berikutan menafikan peruntukan bagi Parlimen pembangkang.
Beliau memulakan larian dari Muar bermula Jumaat lalu dan tiba di bangunan Parlimen di sini, kira-kira jam 9.30 pagi tadi.
Menerusi inisiatif berkenaan, beliau berjaya meraih kutipan dana berjumlah RM160, 000 .
Syed Saddiq juga berharap apa yang dilakukannya dapat membuka mata semua pihak tidak kira kawasan Parlimen, berhubung isu diskriminasi peruntukan Ahli Parlimen pembangkang yang masih berlarutan sehingga kini.
“Usaha kecil ini saya mulakan di Muar. Jangan guna lagi alasan rundingan itu, rundingan ini kerana rundingan sudah berlaku berkali-kali, bukan sekali dua bahkan sudah hantar surat tiga kali.
“Ini bukan soal rundingan tetapi soal politik balas dendam sehingga menghukum rakyat susah di kawasan pembangkang. Perkara ini salah dan kena tentang bersama,” katanya. BH
Peruntukan MP pembangkang, tunggu saya berlari dulu – Fadillah
Baca Artikel Menarik:
- Hafidz, Shuhada diminta berhenti meroyan
- Suara mengilai atas bumbung masjid
- Russia serang New York, 60 maut
- Naik Vellfire curi bungkusan atas pagar rumah
- Jay Jay yang lumpuh separuh badan kini semakin pulih
- Honda City langgar kereta peronda, 2 anggota polis cedera
- Pemandu maut Lamborghini terbabas, terbakar
- Sanusi mahu polis siasat kenyataan ‘Tokong’ oleh Tunku Ismail
- Polis siasat akaun media sosial tuduh TMJ terlibat rasuah
- Umno talian hayat PAS jadi kerajaan
- Seberang sungai dengan kereta kebal, lima askar temui ajal
- Anwar ‘betulkan’ Rafizi, subsidi petrol RON95 belum ada keputusan
- Kalau Aliff Aziz, minta maaf – Sophia Albarakbah
- Seks tanpa rela dengan 2 wanita Mongolia, bekas polis diarah bayar RM820k
- Bila TMJ pertikai pusingan U MFL, Sanusi tampil sokong Selangor FC
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.