Rahman silap jemput Hajiji – Bung
Bung Moktar Radin berkata platform itu sepatutnya untuk Presiden Umno Zahid Hamidi kongsi strategi dengan ahli namun terbatas dengan kehadiran pemimpin luar.
Rahman silap jemput Hajiji – Bung
Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin menegur tindakan timbalannya Abdul Rahman Dahlan menjemput Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Hajiji Noor ke majlis perasmian mesyuarat Umno Tuaran, Sabtu lalu, sebagai ‘tidak tepat dan silap’.
Bung berkata, ini kerana majlis itu seharusnya menjadi platform buat Presiden Zahid Hamidi menyampaikan amanat dan strategi kepada ahli Umno namun terbatas dengan kehadiran pemimpin luar seperti Hajiji.
Selain Hajiji yang juga ketua menteri Sabah, pemimpin luar Umno dijemput ke majlis bahagian diketuai Rahman itu termasuk Ketua Pakatan Harapan (PH) Sabah Christina Liew.
“Apabila banyak pemimpin lain (datang) maka ucapan presiden kena berlapik.
“Pada saya ini satu perkara silap dilakukan Rahman,” katanya sambil menyatakan beliau tidak hadir ke majlis perasmian mesyuarat Umno Tuaran kerana tidak dijemput.
Beliau bagaimanapun hadir ke majlis perasmian mesyuarat Umno Sepanggar dirasmikan Zahid selepas itu.
Zahid mengakui ada pihak dalam parti memintanya menilai semula keputusan merasmikan mesyuarat Umno Tuaran susulan kehadiran Hajiji yang diketahui hubungannya dengan Bung dingin susulan ‘Langkah Kinabalu’ Januari tahun lalu.
Namun, beliau yang juga timbalan perdana menteri memilih untuk hadir kerana sedar kepentingan kebersamaan dalam perjuangan dengan parti atau organisasi lain, bagi memastikan kestabilan politik kerajaan perpaduan khususnya di Sabah.
Bung berharap insiden di Tuaran tidak berulang di tempat lain dan menegaskan ‘pihak lain’ akan mengaut keuntungan jika ada pemimpin Umno berlagak seolah-olah ketua.
“Saya telah perbetulkan keadaan ini, rata-rata ketua bahagian menyatakan mereka berdiri bersama saya untuk menegakkan Umno di Sabah,” katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kinabatangan tersebut berkata walaupun Umno dilihat seolah-olah berpecah kepada beberapa kem namun kesannya tidak terlalu serius dan pimpinan parti fokus menentukan hala tujunya bersama.
“Walaupun Rahman melihat penjuru lain iaitu Umno perlu bekerjasama dengan mana-mana pihak (tertentu) tetapi ia bukan satu keputusan, parti ini bebas untuk mencadangkan sesuatu tetapi akhirnya kita buat keputusan bersama presiden.
“Kita akan pilih (sama ada) mudarat besar atau mudarat kecil dengan menganalisis satu demi satu.
“Baru-baru ini semasa presiden rasmi mesyuarat Umno Sepanggar, Kimanis dan Papar…saya nyatakan pendirian dalam menentukan hala tuju kita tidak boleh berbalah dan bercanggah pendapat,” katanya.
“Tetapi akhirnya bila buat keputusan maka kena ikut, kalau tak kita akan hancur dan orang lain untung,” katanya sambil memetik peribahasa ‘kapal satu nakhoda dua’ tidak boleh berlaku dalam Umno menjelang PRN Sabah dijangka tahun depan. FMT
Rahman silap jemput Hajiji – Bung
Baca Artikel Menarik:
- Hampir semua mahu pencen MP ditukar ke caruman KWSP
- Ramlan Harun pengerusi SPR baru
- Shamsuri, Rosnaida timang anak ke-12
- Penjelasan Anwar mengenai penjualan saham MAHB
- PROLINTAS akui kakitangan ditahan SPRM
- Pekerja IT hilang rupanya sudah mati 3 hari, kereta BMW terjunam dalam longkang
- Keris ada kuasa
- Jamal bakal dapat anak lagi diusia 65 tahun
- DAP payung yang tak boleh dibuka semasa hujan
- Mahathir ugut nak pecat saya 3 kali
- Mahathir ‘basuh’ pasukan Umno selama 45 minit
- Rafizi datang lagi
- Dilantik pakar UMCCed, ini kata Siti
- Zul Arifin didakwa miliki pistol tiruan, kurung remaja
- Ular sawa ditangkap bersama 70 biji telur di Kajang (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Apa kelayakan Siti Nurhaliza sehingga diberi jawatan pakar UMCced?
You must be logged in to post a comment.