Pekerja IT hilang rupanya sudah mati 3 hari, kereta BMW terjunam dalam longkang

Pekerja IT hilang rupanya sudah mati 3 hari, kereta BMW terjunam dalam longkang

Misteri kehilangan seorang pekerja teknologi maklumat sejak Sabtu lalu terungkai apabila kereta jenis BMW milik mangsa ditemukan terbabas di Jalan Lebuhraya Puchong menghala Bukit Jalil, di sini.

Mangsa yang berusia 41 tahun itu dipercayai gagal dihubungi keluarga sejak awal pagi Sabtu yang kemudian bertindak membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan memberitahu, polis mendapat aduan mengenai penemuan kenderaan itu kira-kira pukul 2.30 petang, Isnin.

“Siasatan awal di kejadian, kita percaya kenderaan yang dipandu mangsa terbabas sendiri dan melanggar penghadang jalan sebelum terjunam ke dalam longkang, dianggarkan 10 meter kedalaman.

“Akibatnya, lelaki itu tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Isnin.

Anbalagan memberitahu, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Sehubungan itu beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar mengesahkan keluarga mangsa membuat laporan mengenai kehilangan mangsa di Balai Polis Sungai Way, Petaling Jaya. Awani

Pekerja IT hilang rupanya sudah mati 3 hari, kereta BMW terjunam dalam longkang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya kerja siang malam untuk sara keluarga – Nora Danish

PN dicabar tutup kilang berkaitan Blackrock di Kedah, Kelantan

BlackRock sudah berpuluh tahun labur di Malaysia

Itu buaya kak, bukan kucing [VIDEO]

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker