Saham MAHB: Menteri Umno telah nyatakan bantahan – Tok Mat

Saham MAHB: Menteri Umno telah nyatakan bantahan – Tok Mat

Para menteri daripada Umno telah menyatakan pandangan kepada kerajaan agar tidak meneruskan penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP), menurut timbalan presiden parti itu, Mohamad Hasan.

GIP dalam proses diambil alih oleh Blackrock, iaitu syarikat Amerika Syarikat yang mempunyai pertalian rapat dengan Israel selain melabur dalam syarikat yang membekal senjata kepada regim Zionis.



“Kita menteri-menteri Umno memberikan pandangan jika boleh perkara ini tidak diteruskan tetapi transaksi itu sudah terlampau maju.

“Jadi kita tengoklah macam mana, kita pun tidak tahu sama ada diteruskan atau tidak bukan di kalangan kita kerana Khazanah di bawah Kementerian Kewangan,” katanya seperti dipetik Sinar Harian hari ini.

Mohamad yang juga menteri luar pada masa sama berkata perkara itu tidak diputuskan menerusi kabinet dan Khazanah perlu menilai kesan penjualan saham MAHB itu.

Khazanah mengetuai konsortium yang turut dianggotai KWSP, GIP dan Abu Dhabi Investment Authority (Adia) untuk mengambil alih saham MAHB yang belum dimiliki Khazanah dan KWSP.



Urus niaga itu mengundang kritikan susulan penglibatan Blackrock dalam GIP.

Pada Jumaat lalu, GIP berkata Blackrock tidak akan terlibat dalam transaksi melibatkan MAHB memandangkan pengambilalihan syarikat itu hanya akan dimuktamadkan pada suku ketiga tahun ini.

Pada hari sama, Anwar berkata perbincangan dengan GIP telah bermula sebelum Blackrock memulakan proses pengambilalihan itu.

Terdahulu, beberapa pemimpin Umno turut menyuarakan bantahan berkenaan penjualan itu, antaranya ketua pemuda Akmal Salleh yang mempersoalkan kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa ekonomi negara akan terjejas jika kerajaan memutuskan hubungan dengan semua syarikat berkaitan Israel yang beroperasi di luar negara.



“Saya tak rasa bahawa kalau tiada Blackrock ini, MAHB akan hilang, akan bankrap,” katanya.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Mohd Puad Zarkashi pula secara sinis menempelak pihak kerajaan yang mengkritik pihak yang tidak bersetuju dengan penjualan saham MAHB. Mk

Saham MAHB: Menteri Umno telah nyatakan bantahan – Tok Mat

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Status kewangan Nedim punca penceraian Nora Danish?

Aeril Zafrel Dipaksa Wawa Zainal Potong Rambut [VIDEO]



Jemaah Indonesia buat ibadah haji sambil jual lontong

Che Ta Kantoikan Aaisyah Cetus Perhatian Ramai! [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker