Ini kerajaan lembu kenyang – Radzi
Kerajaan ‘lembu kenyang’ gamatkan Dewan Rakyat
Ini kerajaan lembu kenyang – Radzi
Istilah kerajaan ‘lembu kenyang’ disebut Radzi Jidin (PN-Putrajaya) menggamatkan hari pertama persidangan Dewan Rakyat hari ini ketika beliau berbahas pada sesi penerangan isu penyasaran subsidi diesel.
Radzi menggunakan istilah itu menggambarkan seolah-olah mendakwa kerajaan tidak mendengar rintihan rakyat dengan kenaikan harga barang sejak langkah itu dilaksanakan 10 Jun lalu.
Wakil rakyat penggal pertama itu bagaimanapun tidak memberi sebarang contoh dan bukti menyokong dakwaannya berkait kenaikan harga barang.
“Ini berikan impak besar, saya sentiasa sebut kerajaan tidak dengar apa rakyat sebut di bawah, ini kerajaan lembu kenyang mereka tak selami apa dilalui rakyat. Ini kerajaan lembu kenyang, tak nak dengar rintihan rakyat.
“Saya mendengar ucapan, berapa kali menteri kewangan sebut kebajikan rakyat, di luar sana impaknya besar. Ini bukan perkara main main, bagaimana pula dengan padu dan budi,” kata Radzi.
Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) kemudianya bangun mencelah dan meminta Radzi menarik balik kenyataan tersebut.
“Tarik balik, ini sangkaan jahat,” kata Sim, namun tidak diendahkan Radzi dan meneruskan ucapannya.
Radzi diberi peluang berucap selama lima minit mewakili blok pembangkang ketika sesi penjelasan penyasaran subsidi diesel oleh Menteri Kewangan II Amir Hamzah ketika persidangan Dewan Rakyat sesi sebelah pagi.
Sejurus tamat sesi perbahasannya, Radzi menjelaskan istilah lembu kenyang itu selepas diminta oleh Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul.
“Orang Kelantan kata lembu bila kenyang dia buat tak tahu, orang kacau dia buat tak dengar. Rakyat bercakap berkenan kos mereka hadapi tetapi kerajaan tak bertindak,” katanya.
Sebelum itu, ketika sesi penerangan Amir turut mengulangi penjelasan kewajaran penyasaran subsidi dilakukan kerajaan.
“Perbelanjaan subsidi diesel negara meningkat 10 kali ganda, daripada RM1.4 bilion pada 2019 kepada RM14.3 bilion pada 2023.
“Trend kenaikan tak mampu ditampung kerajaan berterusan. Peningkatan belanja subsidi bukan sahaja harga pasaran tapi ketirisan diesel subsidi,” katanya. FMT
Ini kerajaan lembu kenyang – Radzi
Baca Artikel Menarik:
- Akmal ajak Sanusi lawan bola sepak di Sg Bakap
- Semua pengkhianat UMNO Arau sudah dipecat
- alau dah jodoh dia – Ibu Aliff Aziz
- Rebut kawasan dadah punca kejadian tangan putus ditemukan
- Saham MAHB: Menteri Umno telah nyatakan bantahan – Tok Mat
- HARAM! UAI bidas pempengaruh dan NGO kayakan diri dengan duit derma
- PN akan ‘tumbang’ di PRK Sungai Bakap
- UMNO tekad tawan semula Felda
- Kanak-kanak 9 tahun maut dibaham buaya
- Suami Dalam Susah & Senang Hingga Akhir Hayat’ – Roy Revfa”
- Ramai Lelaki Cuba Nasib Mahu Jadi Pedamping Hidup Nora Danish
- Arwah adik terima ugutan bunuh berkali-kali sejak setahun lalu
- Syarikat yang ada kepentingan BlackRock beroperasi di Kelantan, Selangor, Sarawak, seluruh negara serta pasaran saham’ – Anwar
- Puteri Sarah ditawar jadi ‘social escort’ Datuk
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PN dicabar tutup kilang berkaitan Blackrock di Kedah, Kelantan