Puteri Sarah ditawar jadi ‘social escort’ Datuk

Puteri Sarah ditawar jadi ‘social escort’ Datuk

Puteri Sarah Liyana mendedahkan ditawar individu yang didakwa menyamar sebagai pelakon Nadia Brian untuk menjadi ‘peneman’ seorang jejaka berpangkat ‘Datuk’ dengan habuan RM15,000.

Terkejut dengan tawaran itu, Puteri Sarah menolaknya sambil menegaskan dia tidak berminat melakukan aktiviti tidak bermoral itu.



“Baru-baru ini, saya terima mesej daripada individu yang mengaku dirinya Nadia dan bertanya mengenai jadual kerja saya.

“Pada mulanya, saya layan, namun, keadaan bertambah pelik selepas dia minta saya bertemu dengan seorang lelaki berpangkat ‘Datuk’ dari Johor Baharu.

“Saya sangka lelaki yang dimaklumkan itu adalah penerbit. Saya mula rasa tidak sedap hati apabila individu terbabit letak syarat ‘no video no photo’ (tidak dibenar merakam video atau foto pada perjumpa itu).

“Dia hanya minta saya temani ‘Datuk’ itu minum kopi dengan bayaran RM15,000. Selepas permintaannya ditolak, dia meminta nombor pelakon lain pula untuk dihubungi,” katanya pada sidang media drama bersiri, Polis Peronda di Sri Pentas, Bandar Utama di sini, semalam.



Demi mendapatkan kepastian, Puteri Sarah menghubungi Nadia dan terbukti, individu terbabit adalah ‘scammer’.

“Disebabkan ‘blur’, saya tidak periksa betul-betul adakah nombor itu milik Nadia. Saya cuma nampak dia menggunakan foto Nadia. Apabila dihubungi Nadia, dia beritahu, nombor telefon peribadinya berbeza,” katanya.

Enggan membiarkan kegiatan ‘scammer’ itu berlarutan, Puteri Sarah yang membintangi drama Andai Itu Takdirnya membuat laporan polis.

“Kebetulan saya sedang jalani penggambaran Polis Peronda di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak. Jadi, saya terus buat laporan polis.



“Polis kemudian mengesahkan itu perbuatan ‘scammer’ yang mencuri maklumat daripada telefon milik Nadia,” katanya. BH

Puteri Sarah ditawar jadi ‘social escort’ Datuk

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Status kewangan Nedim punca penceraian Nora Danish?

Aeril Zafrel Dipaksa Wawa Zainal Potong Rambut [VIDEO]



Jemaah Indonesia buat ibadah haji sambil jual lontong

Che Ta Kantoikan Aaisyah Cetus Perhatian Ramai! [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker