Kelibat Aliff Aziz Dan Ruhainies Di Mahkamah Syariah Hari Ini

Kelibat Aliff Aziz Dan Ruhainies Di Mahkamah Syariah Hari Ini

Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz dilihat hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama Ruhainies selama tiga jam. Tujuan apa tu?

Menurut laporan Harian Metro, pasangan itu tiba pada jam 8.40 pagi dan beredar pada jam 11.50 pagi tadi dari mahkamah itu.

Tidak dapat dipastikan sebenarnya apakah tujuan kehadiran mereka berdua ke mahkamah, mungkin berkaitan kes tangkap khalwat pada 9 Mac lalu.

Walau bagaimanapun, ada sumber yang mengatakan mereka berdua telah dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM1,500 setiap seorang dan prosiding kes itu bakal berlangsung pada 3 Julai nanti.

Bukan tu jer, ada juga sumber yang rapat dengan Aliff Aziz memberitahu tujuan kedatangan mereka adalah berkaitan kes khalwat itu.

Pertuduhan dibacakan hakim syarie tetapi tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua mereka.

Untuk dapatkan kepastian, kita tunggu sajalah penjelasan dari mereka berdua ya.

Kredit: Harian Metro

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker