Dua Lipa berani pertahankan hak Palestine
Dua Lipa berani pertahankan hak Palestine
Selebriti terkenal dunia, Dua Lipa, sedia mengambil risiko dikenakan tindak balas tidak diingini selepas dia dengan berani mengeluarkan kenyataan yang lazimnya tidak disenangi penyokong Zionis Israel.
Dalam satu wawancara bersama Radio Times, Dua Lipa berkata, operasi ketenteraan yang dilakukan Tel Aviv ke atas penduduk Palestin adalah suatu genosid.
Kata Dua, sudah menjadi kebiasaan untuk dia berulang-kali memeriksa sesuatu isu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.
Bagi penyanyi kelahiran Albania dan berdarah Kosovo itu, kenyataan dikeluarkannya mengenai keganasan di Gaza adalah demi kebaikan yang lebih besar, justeru dia menganggap kecaman itu sebagai risiko yang berbaloi untuk diambil.
“Apabila saya bercakap mengenai sesuatu yang politikal saya akan semak dua, tiga kali.
“OK, ini (konflik di Gaza) adalah sesuatu yang lebih besar daripada diri saya sendiri dan ia adalah keperluan.
“Ia adalah satu-satunya alasan kenapa saya menyiarkan pandangan ini dan saya tenang melakukannya.
“Biasanya ia akan beakhir dengan reaksi negatif dan pendapat orang lain namun ia juga adalah keputusan yang besar,” katanya dipetik Independent.
Tambah Dua, 28, dia cuba memberikan pandangan yang seimbang namun menegaskan kritikan tersebut dibuat demi faedah yang lebih besar.
“Jadi saya memang bersedia ambil risiko,” katanya lagi.
Terdahulu penyanyi IDGAF dan New Rules itu menyiarkan satu imej daripada Artists4Ceasefire bersama tanda pagar #AllEyesOnRafah di Instagram bulan lalu.
Dia mengiringi hantaran tersebut dengan kapsyen berbunyi: “Membakar kanak-kanak hidup-hidup tidak pernah dibenarkan. Dunia sedang bergerak untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai Israel. Tolong tunjukkan tanda solidariti anda dengan Gaza.”
Susulan itu, dua rapper Israel dilaporkan mengugut bunuh Dua dan selebriti lain yang menunjukkan simpati ke atas Gaza, termasuk Bella Hadid. Mk
Dua Lipa berani pertahankan hak Palestine
Baca Artikel Menarik:
- Miza Ozawa mengaku menyundal, positif HIV
- Datuk gout cabul cucu
- Ustaz Don tak ambil ilmu feqah ke masa ambil diploma – Rozaimi
- Kita jumpa di mahkamah – Azizi
- Sarawak bertambah kaya, ada emas, mineral bernilai RM1.25 trilion
- Sin Li Jane juara Terbuka AS, pemain boling negara kian menyerlah
- Ismail Sabri, Johari sertai majlis jamuan tengah hari jemputan Putera Mahkota Arab Saudi
- Patah hidung, Mbappe disaran pakai topeng ‘Ninja Turtle’
- Nak cantik punya pasal, maut di tangan suami sendiri
- Motif 3 remaja lelaki dirakam gambar bogel
- Bungkusan ditemui atas kubur bapa Muhyiddin (Video)
- Anggota polis ditemukan mati tergantung dalam tandas RnR
- Mawi dakwa nampak hari kiamat
- Ustaz Don buat hal lagi, kali ini direhatkan terus
- Biar saya tanggung kesalahan – Nora Danish
Layari Laman Facebook MYKMU.NET