[VIDEO] Gelagat Amira Othman Usik Aishah Azman Raih Perhatian Ramai!-“Aku Nak Tangan Ko Je”

[VIDEO] Gelagat Amira Othman Usik Aishah Azman Raih Perhatian Ramai!-“Aku Nak Tangan Ko Je”

Siapa yang tidak kenal dengan Nadia Amira Othman atau lebih dikenali sebagai Amira Othman yang merupakan seorang penyanyi, pengacara televisyen dan pelakon wanita di Malaysia.

Amira Othman memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian, selepas menyertai satu program nyanyian popular pada tahun 2013 iaitu Akademi Fantasia musim ke-10 dan sekaligus mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Kemudian Amira Othman banyak berkecimpung di dalam dunia lakonan sehinggakan setiap drama lakonannya menjadi pilihan ramai.

Selain dirinya, dua adik lelakinya juga turut menceburi bidang nyanyian iaitu Irfan Haris dan Haikal Iskandar. Irfan Haris juga lebih dikenali ramai selepas dia menyertai pertandingan nyanyian Big Stage dan mendapat tempat keempat.

“Adakah Ini Faktor Usia Atau Single Terlalu Lama, Hahaha”-Netizen
Terdahulu, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Amira Othman yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 644 ribu, tanda suka sebanyak 35 ribu dan sebanyak 81 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Aishah Azman yang sedang memandu kemudian diminta tangannya oleh Amira Othman untuk membuat konten video. Namun, gelagat Aishah untuk tidak memberi tangan membuatkan keadaan menjadi lucu.

 

Rata-rata netizen terhibur melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa beginilah jikalau terlalu lama bijang sehinggakan tidak mahu pegang tangan walaupun rakan sendiri.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker