Aliff Aziz dan Ruhainies hadir ke mahkamah syariah

Aliff Aziz dan Ruhainies hadir ke mahkamah syariah

Pelakon kontroversi Aliff Aziz dan Ruhainies dilihat hadir selama tiga jam ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.

Sumber Harian Metro berkata, pasangan itu tiba di mahkamah jam 8.40 pagi dan dilihat beredar jam 11.50 pagi.



Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tujuan kedatangan mereka ke mahkamah hari ini tetapi mungkin bersabit kes tangkapan khalwat pasangan itu oleh pihak berkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 9 Mac lalu. Sumber berkata, kedua pelakon itu dibebaskan dengan jaminan mahkamah RM1,500 setiap seorang. Menurutnya lagi, prosiding kes itu bakal berlangsung di Mahkamah Tinggi di sini pada 3 Julai ini.

Sementara itu, sumber rapat dengan Aliff Aziz berkata, tujuan kedatangan kedua-dua pelakon itu ke mahkamah hari ini bukan untuk pendakwaan tetapi berkaitan kes khalwat mereka.

“Pertuduhan dibacakan hakim syarie tetapi tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua mereka,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Aliff memohon orang ramai mendoakan kes khalwat membabitkan dirinya dengan Ruhainies menemui jalan penyelesaian terbaik.



Menurut Aliff, buat masa ini dia hanya menunggu tindakan selanjutnya selepas memberi sepenuh kerjasama kepada pihak Jawi.

Sebelum itu, Pengarah Jawi Datuk Mohd Ajib Ismail memaklumkan siasatan kes khalwat membabitkan Aliff dan Ruhainies selesai.

Mohd Ajib berkata kertas siasatan itu sudah dihantar kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (Japens) untuk tindakan lanjut. HM

Aliff Aziz dan Ruhainies hadir ke mahkamah syariah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak dedah kedaifan hidup Mila Jirin, keluarga



Budak ‘intern’ sepak senior miang

Umpama ‘pertemuan’ di Mahsyar



Ramai tertipu dengan model jelita rambut pink

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker