Tindakan polis bawa ibu Zayn untuk rekod pengakuan bersalah agak aneh – Peguam

Tindakan polis bawa ibu Zayn untuk rekod pengakuan bersalah agak aneh – Peguam

Pihak pembelaan mendakwa tindakan polis membawa ibu Zayn Rayyan Abdul Matiin, ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, untuk merekod pengakuan bersalah wanita itu di hadapan majistret agak luar biasa dan aneh.

Ia berikutan dua peguam, Fahmi Abd Moin dan Mahmud Jumaat yang masing-masing mewakili pasangan suami isteri itu tidak dimaklumkan oleh polis mengenai prosiding tertutup hari ini.



Fahmi berkata, sebaliknya mereka hanya dimaklumkan media yang membuat liputan di Kompleks Mahkamah di sini, hari ini.

“Kami dimaklumkan satu prosiding tertutup di mana pegawai penyiasat membawa ibu arwah Zayn Rayyan ke Mahkamah Majistret 2 yang pihak kami anggap luar biasa dan agak aneh di mana difahamkan akan berlaku satu pengakuan diberikan di hadapan majistret.

“Kami datang ke mahkamah hari ini jam 11.30 pagi dan dibenarkan masuk ke dalam prosiding yang dilakukan dalam kamar, bukan di mahkamah terbuka.

“Ketika kami tiba, pegawai penyiasat baru saja memulakan permohonan di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah,” katanya ketika ditemui dalam sidang media di pekarangan mahkamah di sini hari ini.



Menceritakan prosiding hari ini lebih lanjut, Fahmi berkata, mereka bertanyakan asas kehadiran pegawai penyiasat serta ibu Zayn di mahkamah dan dibenarkan membuat bantahan terhadap prosiding itu.

“Asas bantahan kami dalam peruntukan Kanun Tata Cara Jenayah tidak ada dinyatakan apa-apa proses yang jelas mengenai permohonan seperti ini di mana kami juga bertanyakan pegawai penyiasat kenapa (mereka) tidak dimaklumkan lebih awal, itu jadi isu.

“Bantahan pertama direkodkan pihak mahkamah atas tidak ada apa-apa peruntukan khusus untuk membuat permohonan ini, kami juga menyatakan ianya sangat prejudis terhadap anak guam dan juga suspek lelaki yang tidak dibawa ke mahkamah hari ini.

“Asas ketiga bantahan bahawa permohonan ini boleh menjejaskan pembelaan di kemudian hari sekiranya mereka dituduh (jika dituduh),” katanya.



Menurutnya, bantahan pihaknya direkodkan Zhafran dan dimaklumkan permohonan itu dibuat polis di bawah Seksyen 26(1) Akta Keterangan 1950.

“Kami juga membantah berikutan merasakan ia tidak relevan langsung untuk mengambil sebarang pengakuan salah di hadapan seorang majistret, atas alasan ini Zhafran merekodkan kesemuanya.

“Apa lebih penting, kami tidak menerima kerjasama langsung daripada pihak polis, kami tidak dibenarkan berhubung sepanjang reman, terima kasih pihak media sekurang-kurangnya anak guam kami ada representasi,” katanya.

Pagi tadi, hanya ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin yang direman sejak 1 Jun lalu bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak autistik itu dibawa untuk merekodkan keterangan selepas dilihat meninggalkan Kompleks Mahkamah di sini, pada jam 12.50 tengah hari hari ini.



Wanita berusia 29 tahun itu memakai baju lokap berwarna ungu, dikawal ketat pihak polis di lobi mahkamah sebelum dibawa masuk kenderaan agensi penguatkuasaan itu.

Difahamkan, ibu kanak-kanak itu dibawa ke mahkamah dengan menaiki van polis pada jam 10.30 pagi sebelum dibawa masuk mahkamah.

Sementara itu, Mahmud yang mewakili ibu Zayn Rayyan mengesahkan pihaknya membantah permohonan dibuat polis mengikut Seksyen 26(1) Akta Keterangan 1950.

“Seksyen 26(1) Akta Keterangan adalah pengakuan salah kalau dibuat dalam jagaan polis tidak boleh diguna pakai di mahkamah kecuali pengakuan itu dibuat di hadapan hakim atau majistret.



“Dalam kes ini, ada atau tidak pengakuan salah yang dibuat anak guam. Namun, menariknya anak guam tidak membuat sebarang pengakuan salah, sebaliknya memberi keterangan kepada majistret,” katanya.

Mahmud memohon orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan berita tidak sahih membabitkan anak guam serta kematian kanak-kanak itu.

“Terdapat percanggahan yang ketara dan jelas apa yang diberikan anak guam menerusi keterangannya dengan apa yang diwar-warkan di luar sana (spekulasi orang ramai).

“Maka, saya mohon orang ramai untuk bekerjasama dan menghormati proses siasatan. Esok kita boleh mendengar dan melihat apa keputusan siasatan serta pertuduhan dibuat pendakwaan,” katanya.



Ditanya mengenai anak guam melakonkan semula kejadian kehilangan kanak-kanak itu, Mahmud berkata, ia adalah prosedur biasa untuk melengkapkan siasatan apabila membawa suspek ke tempat kejadian.

“Namun, ia tidak memberi sebarang indikasi bahawa siapa yang bersalah dalam kes ini,” katanya.

Kelmarin, ibu kepada Zayn Rayyan dibawa semula ke kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai serta lokasi mayat ditemukan berhampiran rumah mereka, dipercayai untuk melakonkan semula kejadian kehilangan kanak-kanak sehingga mayatnya ditemui.

Pada 6 Disember tahun lalu, mayat Zayn Rayyan ditemukan dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya. HM

Tindakan polis bawa ibu Zayn untuk rekod pengakuan bersalah agak aneh – Peguam
Tindakan polis bawa ibu Zayn untuk rekod pengakuan bersalah agak aneh – Peguam

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sambut ‘Birthday’ Zayn Rayyan di kubur, netizen rasa makin pelik (Video)

1 by 1: “Kalau tak mabuk itu orang mesti kena” – Anne singlet putih

Punca Hajar Aswad dicuri dan 30 ribu jemaah haji dibunuh

Kalau tak boleh gurau, duduk surau

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker