Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS selama dua hari yang bermula hari ini, kata penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7175/7205 berbanding dolar AS daripada 4.7210/7250 semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata ringgit berbanding dolar AS pada mulanya rendah kepada RM4.7250 pada sesi dagangan pagi tetapi wujud minat belian kemudiannya, menyebabkan dolar AS/ringgit kepada RM4.7200.



“Semua tumpuan kini pada mesyuarat FOMC selama dua hari yang bermula malam ini. Walaupun kebanyakan ahli ekonomi menjangka Rizab Persekutuan akan mengekalkan status quo mereka, unjuran makroekonomi untuk suku tahunan akan menjadi tumpuan utama,” katanya kepada Bernama.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Video gaduh viral, 2 lelaki bertumbuk di kedai runcit ditahan polis

Ustaz Kazim cerita kisah Ustaz Don



Telefon bimbit disambar peragut di Pasar Seni berjaya dirakam dashcam kereta [VIDEO]

‘Bila bercinta jadi ustaz, putus sibuk hip hop’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker