Dikaitkan dengan Bella, Muaz mahu lebih waspada

Dikaitkan dengan Bella, Muaz mahu lebih waspada

BARU-BARU ini, nama pelakon, Muaz Zabir ‘panas’ dengan kontroversi yang mengaitkan dirinya bersama penyanyi dan pelakon, Bella Astillah.

Mengakui kehadirannya semakin dikenali ramai, Muaz bagaimanapun menafikan tanggapan segelintir pihak yang mendakwa namanya semakin laris kerana kontroversi yang berlaku.



Katanya, dia percaya syarikat produksi mahu pun penerbit lebih memandang komitmen kerja berbanding populariti semata-mata.

“Sebenarnya, tidak juga. Kedua-dua tawaran lakonan yang saya terima ketika ini ditawarkan sebelum saya terpalit kontroversi lagi.

“Saya sebenarnya takut dengan kontroversi ini kerana kebanyakan penerbit memilih untuk tidak mengambil pelakon-pelakon yang ada isu.

“Saya yakin kalau kita ini baik, menjaga perangai dan memberikan komitmen 100 peratus dalam apa juga perkara, rezeki itu akan datang tepat pada waktunya,” katanya.



Menurut Muaz, kesilapan lalu akan sentiasa menjadi pengajaran terbaik buat dirinya untuk terus berusaha menjaga reputasi sebagai anak seni.

“Saya akui kontroversi ini membuatkan orang ramai mengenali nama saya, tapi bukan dengan cara yang elok.

“Jadi, saya kini perlu berusaha untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan dan mengelak daripada sebarang kontroversi. Untuk kontroversi yang sebelum ini, lebih baik saya berdiam diri,” katanya.

Ditanya mengenai penerimaan keluarganya selepas namanya dikaitkan dengan cerita yang kurang enak, Muaz berkata, dia bersyukur keluarganya sentiasa berada di belakangnya.



“Seteruk mana pun kita, Insya-Allah keluarga akan tetap terima kita. Bila kita berikan penjelasan sebenar, sedar kesilapan, mohon maaf dan mahu perbaiki kesilapan, mereka akan sentiasa menjadi tempat kita bergantung dan kembali.

“Keluarga saya menerima segala yang terjadi. Sebagai anak, saya terima segala nasihat mereka,” katanya.

Sebelum ini, nama Muaz Zabir menjadi perhatian ramai selepas didakwa menjalin hubungan sulit dengan Bella Astillah.

Bagaimanapun, Bella membuat pengakuan hubungan terjalin antara mereka bertujuan untuk membuatkan suaminya, Aliff Aziz cemburu.



Rumah tangga Bella dan Aliff sekali lagi goyah susulan penyanyi kelahiran Singapura itu ditangkap khalwat bersama pelakon, Ruhainies di sebuah kondominium mewah di ibu negara, Mac lalu. HM

Dikaitkan dengan Bella, Muaz mahu lebih waspada

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Video gaduh viral, 2 lelaki bertumbuk di kedai runcit ditahan polis

Ustaz Kazim cerita kisah Ustaz Don



Telefon bimbit disambar peragut di Pasar Seni berjaya dirakam dashcam kereta [VIDEO]

‘Bila bercinta jadi ustaz, putus sibuk hip hop’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker