Ketirisan data pelanggan, ini penjelasan bank rakyat

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) – Bank Rakyat berjaya membendung kemungkinan insiden ketirisan data yang mungkin melibatkan beberapa maklumat pelanggan susulan langkah proaktif yang dilaksanakannya.

Bank itu berkata ia kekal komited terhadap ketelusan dan telah memaklumkan pelanggan dengan sewajarnya.

“Di samping itu, kami turut menasihatkan pelanggan untuk sentiasa berwaspada terhadap taktik pancingan data dan kaedah penipuan berpotensi lain,” kata bank itu dalam satu kenyataan hari ini.



Sebagai tindak balas terhadap ketirisan itu, Bank Rakyat telah melaporkan insiden tersebut kepada pihak berkuasa berkaitan dan memberi jaminan kepada pelanggan, rakan kongsi perniagaan dan pihak berkepentingan bahawa semua operasi perniagaan kekal berfungsi sepenuhnya.

“Integriti dan keselamatan data pelanggan kekal sebagai keutamaan utama kami,” katanya.

Pada masa sama, bank itu menggesa pelanggannya agar segera menghubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian 1300 800 800 atau 03-5526 9200 atau Pusat Respons Scam Kebangsaan di 997 sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan.

– Bernama



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Tegur dengan baik, mereka ada darah keturunan rasul’



Zarina Anjoulie berani mati betul

Kecil macam siput sedut pun gatal nak jolok



Bayi ditemui peluk jasad ibu selama tiga hari



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker