Masa terbaik berbulan madu

Reen Rahim tak tertekan

Masa terbaik berbulan madu

Hampir dua tahun melayar bahtera perkahwinan, pelakon Reen Rahim tidak tertekan apabila rumah tangga bersama suami, Hazim Zainal belum diserikan lagi dengan kehadiran cahaya mata.

Reen berkata, dia percaya rezekinya sudah disusun sebaiknya dan segala penantian itu akan berakhir.



“Sebelum ini saya pernah beritahu yang saya belum bersedia untuk menimang cahaya mata kerana terikat dengan komitmen kerja.

“Tapi sekarang saya sudah bersedia untuk bergelar ibu, cuma belum ada rezeki lagi. Saya dan suami tidak tertekan pun, kami bahagia melayari kehidupan berdua.

“Lagipun banyak aktiviti yang kami berdua boleh lakukan bersama sementara menunggu kehadiran anak. Nanti bila dah ada anak, pasti tiada masa untuk kami berdua.

“Jadi sekarang adalah masa terbaik untuk kami ‘honeymoon’ dan mengenali antara satu sama lain,” katanya.



Tambah Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, kehadiran Hazim banyak mengubah kehidupannya menjadi lebih matang.

“Alhamdulillah kami bahagia dan saling menjaga hubungan suami dan isteri. Hazim banyak membimbing dan bertolak ansur dengan saya.

“Tidak dinafikan emosi saya ada kalanya tidak menentu, tapi suami sentiasa mencari jalan untuk tenangkan dan memahami segala masalah yang saya hadapi,” katanya.

Menurutnya lagi, Hazim juga banyak memberi dorongan dalam menguruskan kerjaya seni dan bidang perniagaan yang diceburi.



Katanya, dia juga mula fokus semula dalam bidang perniagaan sewaktu awal mendirikan rumah tangga dengan Hazim.

“Dialah yang menghadap segala tsunami lintang pukang emosi saya.

“Kalau ikutkan hati dunia perniagaan ini memang mencabar tapi suami sentiasa beri galakan dan kata-kata semangat supaya saya tidak berputus asa.

“Alhamdulillah setiap kejayaan yang saya kecapi hari ini dalam dunia perniagaan mahu pun lakonan, adalah berkat doa suami,” katanya.



Reen mendirikan rumah tangga dengan Hazim pada tanggal 24 Disember 2022 selepas mengikat pertunangan sejak Ogos tahun sama.

Dalam pada itu, Reen ditanya mengenai wajahnya dikatakan sama seperti pempengaruh media sosial Agy atau nama sebenarnya Muhammad Affizy Mohd Khairy,29.

Kata Reen, pada awalnya dia tidak rasa wajahnya persis pempengaruh yang kini tular menerusi kandungan posing ala-ala model antarabangsa itu.



Namun selepas mereka mengadakan sesi fotografi, dia mengakui ada persamaan seperti adik-beradik.

“Bila sudah disatukan dalam satu sesi fotografi memang ada sedikit persamaan. Dia pun baik dan peramah dengan saya.

“Kami boleh sekepala dan sepanjang sesi fotografi itu memang kami bergelak tawa hingga tak perasan masa berjalan dengan pantas.

“Saya nampak Agy memiliki potensi yang besar dalam dunia seni ini. Sekarang ini pun dia sudah mula menceburi bidang lakonan dan harapnya dia akan sukses dalam bidang ini,” katanya. HM



Masa terbaik berbulan madu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video gaduh viral, 2 lelaki bertumbuk di kedai runcit ditahan polis

Ustaz Kazim cerita kisah Ustaz Don

Telefon bimbit disambar peragut di Pasar Seni berjaya dirakam dashcam kereta [VIDEO]

‘Bila bercinta jadi ustaz, putus sibuk hip hop’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker