Saya tak boleh dibeli, dijolok dengan projek – TMJ

Saya tak boleh dibeli, dijolok dengan projek – TMJ

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengakui wujudnya gerakan yang cuba melakukan ‘pembunuhan watak’ terhadap baginda sejak akhir-akhir ini.

Baginda bertitah, perkara itu berlaku terhadapnya mungkin kerana baginda lantang bersuara memperjuangkan isu rakyat.



Titah baginda, tindakan itu mungkin menyebabkan ada pihak luar yang kurang senang terhadapnya.

“Saya tak boleh dibeli, saya tak boleh dijolok-jolok dengan projek untuk saya diam. Kalau perkara itu betul, saya akan cakap betul dan sekiranya perkara itu tak betul, saya akan cakap tak betul, tak kisah ia dari kerajaan ataupun parti politik.

“Oleh kerana kelantangan saya dan sentiasa memainkan isu kepentingan negeri Johor dan rakyat Johor, ada pihak luar yang kurang senang dengan saya dan adanya gerakan ‘character assassination’ ini,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika sesi podcast secara langsung pada Program Johor Youth Meet-up di Kompleks Sukan Educity, di sini hari ini.



Yang turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani dan barisan EXCO Johor.

Pada masa sama, baginda tidak terkesan dengan gerakan itu dan akan terus meneruskan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat Johor.

Titahnya, dengan kuasa dan pangkat yang ada, kepentingan Johor dan seluruh rakyatnya akan terus menjadi keutamaan baginda sampai bila-bila.

“Ini adalah motivasi buat saya, saya harap apabila saya sudah tidak ada lagi dalam dunia ini, rakyat Johor akan kenang jasa dan perkhidmatan saya kepada negeri ini.



“Jika saya tidak boleh guna kedudukan yang diberikan ini dan mengambil kesempatan sepenuhnya untuk melakukan perubahan, baik tidak perlu kedudukan ini.

“Matlamat saya adalah untuk membuat perubahan dan perbaiki negeri Johor dan kehidupan rakyatnya dari setiap aspek termasuk pembangunan infrastruktur, pendidikan dan sebagainya,” titah baginda.

Tunku Ismail bertitah, Johor menjadi perintis dalam pelbagai perkara meningkatkan kedudukan negeri dan rakyat, contohnya dalam bidang pendidikan, kerajaan negeri menjalankan projek bersama Singapura untuk silibus pendidikan baharu dengan membabitkan pertukaran program dan latihan guru.

Baginda turut menyentuh mengenai keperluan Johor dilayan sebagai rakan kongsi, bukannya sebagai milik kepada sesiapa.



Tunku Ismail bertitah, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang juga Sultan Johor, turut menggunakan dana sendiri bagi membaik pulih wad unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) beberapa tahun lalu.

“Kita juga terpaksa bercakap mengenai pembinaan hospital baharu. Ada hospital baharu, tetapi ia mengambil masa enam tahun usaha yang konsisten untuk saya sampaikan hasrat kami kepada kerajaan Persekutuan,” titah baginda.

Mengulas mengenai kes pemain Selangor FC, Faisal Halim, yang menjadi mangsa serangan asid, Tunku Ismail yang juga pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), mengakui pelik apabila ada pihak yang menimbulkan teori konspirasi seolah-olah baginda mahu pun JDT menjadi punca serangan simbahan asid terhadap pemain sayap kebangsaan itu.

“Pertama sekali, Faisal Halim ini budak dan pemain yang baik, tetapi saya tidak tahu hidup peribadinya. Apa yang berlaku pada dia (simbah asid) memang satu perbuatan yang perlu dikutuk, cumanya apa kena mengena dengan saya? Ada yang kata TMJ (Tunku Mahkota Johor) ini ‘mastermind’.



“Kalau saya nak ‘habiskan’ orang, saya ada ‘target’ yang lebih besar dalam negara ini, yang ambil duit rakyat, yang susahkan rakyat, yang rompak duit rakyat, orang macam ini penjenayah yang perlu dihapuskan, bukan pemain bola sepak.

“Dia (Faisal) hanya pemain bola sepak, takkanlah orang Selangor tidak boleh fikir secara rasional, saya nak ‘habiskan’ Faisal Halim buat apa, dia bukan ancaman pun pada kami (JDT).

“Dia pemain yang baik, main untuk pasukan kebangsaan, dia peramah, tetapi kita tidak tahu hidup peribadi dia dan tidak tahu apa agenda di sebalik serangan itu,” titahnya.

Pemangku Sultan Johor itu bertitah, baginda berasa terhina apabila dikaitkan dengan insiden simbah asid berkenaan, selain beberapa isu lain.



“Pelik, semua benda nak kaitkan saya, semua salah TMJ kah? Baru-baru ini bas Selangor kena serang di Jakarta pun salah saya jugakah? Takkan semua salah saya?” titahnya.

Pada masa sama, baginda bertitah tidak bersetuju apabila insiden membabitkan Faisal itu dikatakan sebagai keganasan dalam arena bola sepak.

“Banyak orang bermain dengan bermacam-macam persepsi dan sentimen seolah-olah benda ini adalah keganasan dalam bola sepak. Ini tidak ada kena mengena dengan bola sepak pun.

“Keganasan ini di mana-mana pun ada. Bukan ada kes keganasan di stadium atau pusat latihan, jadi tidak boleh kata ini keganasan dalam bola sepak, tetapi ia adalah keganasan yang mana orang kata kita perlu kutuk,” titah baginda. BH

Saya tak boleh dibeli, dijolok dengan projek – TMJ

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wahai pemandu Mazda CX-5, anda bukan langgar kuman kecil

Ummu Hani cinta pertama Rasulullah s.a.w.?

Kelakuan tak senonoh jemaah Haji Indonesia dikritik ramai (Video)

Grand Livina langgar lampu merah sampai tersodok kereta polis [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker