Jenazah Farida ditemui di dalam perut ular sawa
Seorang wanita di Indonesia yang hilang semalaman, ditemui meninggal dunia di dalam perut ular sawa, kata pegawai tempatan, semalam.
Mayat Farida, 45, ditemui suaminya dan penduduk Kampung Kalempang di Sulawesi Selatan pada Jumaat lalu, selepas mereka memotong perut ular sawa sepanjang kira-kira lima meter.
Ketua kampung, Suardi Rosi memberitahu AFP, ibu kepada empat anak itu dilapor hilang pada malam Khamis (6 Jun) selepas tidak pulang ke rumah, yang memaksa penduduk melakukan pencarian.
Suaminya menjadi lebih curiga dengan kehilangan itu apabila menemui barang milik Farida di semak dekat kawasan kampung.
“Penduduk kemudian mencarinya di lokasi berhampiran sebelum menemukan ular sawa dengan perut yang sangat besar.
“Mereka bersetuju untuk memotong perut ular sawa itu dan sebaik dilakukan, kepala Farida terkeluar serta-merta,” katanya.
Farida ditemui lengkap berpakaian, di dalam perut ular berkenaan.
Insiden sebegitu dianggap kes yang sangat jarang berlaku namun, Indonesia merekodkan beberapa kematian akibat ditelan ular sawa dalam tempoh beberapa tahun.
Tahun lalu, penduduk di daerah Tinanggea, Sulawesi Tenggara membunuh seekor ular sawa sepanjang lapan meter yang menelan seorang petani.
Pada 2018 pula, wanita berusia 54 tahun ditemui mati ditelan ular sawa sepanjang tujuh meter di bandar Muna, Sulawesi Tenggara.
Tahun sebelum itu, petani di Sulawesi Barat dilapor hilang sebelum mayatnya ditemui dalam perut ular sawa sepanjang empat meter di ladang kelapa sawit. – AFP
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Isu DLP: Malulah pada PM Singapura
- Guan Eng minta keuntungan 10 peratus – Zarul
- Kesan koyak uniform Azza Fahmi undang hiba
- Umno dah tak suka saya
- Kejap ada kejap takde
- ‘Lemon Law’ lindungi pembeli kenderaan
- Saya dianiaya – Bapa Zayn Rayyan
- Haji pada musim bunga, sejuk selama 16 tahun
- Selamba bawa 4 gadis dalam but kereta, pemandu disaman polis
- Ustaz Don jawab pengkritik ‘buku dan ulama kita kata sahih’ [VIDEO]
- Hamizan ditemui mati dalam kereta selepas hilang 2 minggu
- Dapat anak diusia 80 tahun (Video)
- Polis Filipina culik rakyat Malaysia, minta wang tebusan RM200,000
- Jantung Azlee Senario tersumbat 99 peratus, dibedah segera
- Menteri muncul tabur gula-gula?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kelakuan tak senonoh jemaah Haji Indonesia dikritik ramai (Video)
Grand Livina langgar lampu merah sampai tersodok kereta polis [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.