Hasnatul Adilah sempat tanya keadaan anak sebelum nafas terakhir
Mangsa yang maut dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Segamat berhampiran simpang tiga Bahau awal pagi tadi, Hasnatul Adilah Hassan, 48, sempat bertanyakan keadaan anaknya sebelum menghembuskan nafas terakhir di lokasi kejadian.
Perkara itu dikongsikan rakan setugasnya Asmaniza Mohamad, 50, yang memaklumkan Hasnatul Adilah yang juga Penolong Kanan di Sekolah Kebangsaan Jeram, Melaka ditemukan dalam keadaan tertiarap di luar bas.
“Arwah sempat tanya keadaan anak bongsunya yang turut sama dalam bas berkenaan, saya cakap anaknya ada di dalam bas, seorang rakan kami sempat mengajarnya mengucap,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Muadzam Shah di Rompin hari ini.
Berkongsi detik cemas itu, Asmaniza yang dikenali sebagai Cikgu Za berkata ketika kejadian beliau yang berada di bahagian belakang bas sedang tidur, namun terkejut apabila dihempap penumpang lain selepas bas berkenaan terbalik.
“Ketika itu memang gelap dan hanya (kedengaran) bunyi berlanggar, saya cuba untuk buka pintu kecemasan tetapi tidak boleh, namun berjaya keluar melalui pintu kecil di bahagian atas bas,” katanya.
Selepas berjaya keluar beliau sempat membantu beberapa rakan lain yang berada di dalam bas sebelum mereka dibawa ke hospital sama untuk pemeriksaan lanjut.
Difahamkan anak lelaki Hasnatul Adilah dikenali sebagai Farouq berusia 12 tahun sedang mendapatkan rawatan di zon kuning hospital tersebut.
Nahas itu mengorbankan tiga individu termasuk Hasnatul Adilah selain seorang lagi guru Hamzah Ahmad, 60, dan pemandu bas kedua Mohd Adi Hasan, 29.
Dalam kejadian sekitar 1 pagi itu, bas yang membawa 39 penumpang temasuk dua pemandu terbalik di cerun jalan selepas hilang kawalan dan melanggar sebuah treler yang membawa muatan gelung besi.
Bas berkenaan dilaporkan dalam perjalanan membawa guru dari Sekolah Kebangsaan Jeram Masjid Tanah, Melaka bersama anak mereka ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras.
– Bernama
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Isu DLP: Malulah pada PM Singapura
- Guan Eng minta keuntungan 10 peratus – Zarul
- Kesan koyak uniform Azza Fahmi undang hiba
- Umno dah tak suka saya
- Kejap ada kejap takde
- ‘Lemon Law’ lindungi pembeli kenderaan
- Saya dianiaya – Bapa Zayn Rayyan
- Haji pada musim bunga, sejuk selama 16 tahun
- Selamba bawa 4 gadis dalam but kereta, pemandu disaman polis
- Ustaz Don jawab pengkritik ‘buku dan ulama kita kata sahih’ [VIDEO]
- Hamizan ditemui mati dalam kereta selepas hilang 2 minggu
- Dapat anak diusia 80 tahun (Video)
- Polis Filipina culik rakyat Malaysia, minta wang tebusan RM200,000
- Jantung Azlee Senario tersumbat 99 peratus, dibedah segera
- Menteri muncul tabur gula-gula?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kelakuan tak senonoh jemaah Haji Indonesia dikritik ramai (Video)
Grand Livina langgar lampu merah sampai tersodok kereta polis [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.