Fitnah maksiat, Puteri Sarah hantar LOD

Fitnah maksiat, Puteri Sarah hantar LOD

Difitnah lagi, Puteri Sarah Liyana nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang menuduhnya melakukan maksiat atau bersekedudukan.

Ujar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, dia sudah mengesan individu berkenaan mengenai tindakan susulan peguamnya yang akan menghantar Letter Of Demand (LOD).



Biarpun individu tersebut telah menukar nama dan gambar profil akaun Facebook, peguam mewakili Puteri Sarah tetap dapat mengesan identitinya.

“Lain kali jangan komen menghina, menuduh aku bermaksiat.

“Dah PM (mesej) kau, pengecut pula. Dasar netizen pengecut ‘locked profile’.

“Terus tukar nama Facebook (FB),” katanya menerusi perkongsian dalam Facebook.



Ibu kepada dua cahaya mata itu turut menunjukkan paparan tangkap layar pemilik akaun media sosial yang disifatkan biadab.

Menerusi hantaran sama, Puteri Sarah turut menasihatkan netizen untuk menjaga adab sebelum meninggalkan sebarang komen terutama yang boleh menjurus fitnah.

“Jadilah netizen yang berhemah (dengan) menjaga penulisan,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, pelakon terbabit sudah mengheret beberapa individu ke mahkamah atas dakwaan fitnah termasuk seorang wanita membabitkan saman mencecah RM1 juta. K Online



Fitnah maksiat, Puteri Sarah hantar LOD

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wahai pemandu Mazda CX-5, anda bukan langgar kuman kecil



Ummu Hani cinta pertama Rasulullah s.a.w.?

Kelakuan tak senonoh jemaah Haji Indonesia dikritik ramai (Video)



https://mykmu.net/2024/06/06/grand-livina-langgar-lampu-merah-sampai-tersodok-kereta-polis-video/Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wahai pemandu Mazda CX-5, anda bukan langgar kuman kecil



Ummu Hani cinta pertama Rasulullah s.a.w.?

Kelakuan tak senonoh jemaah Haji Indonesia dikritik ramai (Video)

Grand Livina langgar lampu merah sampai tersodok kereta polis [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker