Ada cerita sedih disebalik kotak hadiah misteri di Masjid Sri Sendayan

PETALING JAYA – Sebuah kotak berisi selendang dan kerongsang yang sepatutnya menjadi milik bakal ibu mentua ‘tidak jadi’, ditinggalkan seorang wanita dikenali sebagai ‘Nurul’ di Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan.

Menerusi perkongsian video di laman TikTok @MiraMunirah, suaminya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di masjid terbabit menemui kotak hadiah itu setelah melakukan pemeriksaan di ruang solat wanita.

“Suami saya terjumpa kotak berisi selendang dan ‘brooch’ (kerongsang) bersama surat ditulis di atas tisu,” katanya.



Bagaimanapun, perasaan gembira setelah menerima hadiah istimewa itu bertukar hiba setelah membaca isi kandungan surat yang ditinggalkan bersama kotak hadiah tersebut.

“Ini hadiah dari saya untuk ‘mama’ kepada kawan lelaki saya, Ahmad. Tapi percaturan Allah, tiada jodoh kami. Jadi bagi menghormati semua orang, saya sedekahkan hadiah ini kepada sesiapa sahaja yang jumpa box (kotak) ini.

“Saya dah cuba bagi sendiri dekat orang tapi orang tak terima, mungkin sebab takut scam atau prank,” katanya.

Selain itu, Nurul turut memberitahu, alasannya memilih Masjid Sri Sendayan sebagai tempat untuknya meninggalkan kotak tersebut.



“Kenapa Masjid Sendayan? Sebab 12/5/2024, dia bawa saya jalan-jalan dekat sini dan 13/5/2024, dia cakap dah nak kahwin. Kejam? Ya, tapi dia masih consider (pertimbangkan) baik juga sebab nak jumpa untuk kali terakhir,” tulisnya di dalam surat tersebut.

Sehingga kini video tersebut telah mendapat 730,800 jumlah tontonan, 27,100 tanda suka dan 973 perkongsian.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wahai pemandu Mazda CX-5, anda bukan langgar kuman kecil

Ummu Hani cinta pertama Rasulullah s.a.w.?



Kelakuan tak senonoh jemaah Haji Indonesia dikritik ramai (Video)

Grand Livina langgar lampu merah sampai tersodok kereta polis [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker