10 GRO sembunyi dalam bilik rahsia akhirnya terbongkar

Gambar Hiasan

IPOH: Cubaan 10 wanita pelayan pelanggan atau GRO warga asing bersembunyi dalam bilik rahsia di sebuah premis hiburan di sini gagal selepas berjaya dikesan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak semalam.

Hasil kecekapan intipan dan pemeriksaan premis pihak berkuasa berjaya mengesan kesemua wanita warga Vietnam berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun yang berada dalam keadaan lemah dan berpeluh kerana bersembunyi hampir satu jam dalam bilik rahsia tersebut.

Pengarahnya, Meor Hezbullah Meor Abd Malik berkata hasil pemeriksaan juga mendapati tiada ruang pengudaraan sempurna di bilik rahsia itu itu yang turut menggunakan pintu automasi kawalan jarak jauh namun berjaya ditembusi pasukan penguat kuasa.
“Operasi menyasarkan empat premis perniagaan dan dua premis kediaman di sekitar bandar raya Ipoh bermula 8.30 malam dan berakhir kira-kira 12.30 tengah malam dengan kekuatan 20 orang pegawai dan anggota.

“Pemeriksaan dilakukan ke atas 79 warga asing dari pelbagai warga negara. Hasil semakan seramai 42 warga asing ditahan kerana dipercayai melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya mereka yang ditahan terdiri daripada 18 individu termasuk dua wanita dan seorang kanak-kanak lelaki warga Indonesia, 15 wanita warga Vietnam, tujuh wanita warga Thailand dan dua lelaki warga Myammar yang kesemuanya berusia antara dua hingga 50 tahun.

Katanya kesemua warga asing tersebut ditahan di Depot Imigresen Ipoh bagi tujuan siasatan lanjut.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wahai pemandu Mazda CX-5, anda bukan langgar kuman kecil

Ummu Hani cinta pertama Rasulullah s.a.w.?

Kelakuan tak senonoh jemaah Haji Indonesia dikritik ramai (Video)

Grand Livina langgar lampu merah sampai tersodok kereta polis [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker