Arab Saudi sambut Aidiladha 16 June
Hari wukuf di Arafah pada 15 June 2024
Arab Saudi sambut Aidiladha 16 June
Kerajaan Arab Saudi mengumumkan 1 Zulhijjah 1445H/2024M jatuh pada hari ini, sekali gus jemaah haji dari seluruh dunia akan mula berwukuf di Arafah pada 15 Jun ini (9 Zulhijjah) dan Hari Raya Aidiladha disambut pada keesokannya.
Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia akan berangkat ke Arafah pada 14 Jun bersamaan 8 Zulhijjah.
“Hadis Rasullullah SAW telah pun menyebut, bahawa tiada hari yang paling istimewa melainkan 10 hari yang pertama dalam bulan Zulhijjah.
“Alhamdulillah kita berada di muka bumi Mekah ini untuk menyambut 10 hari istimewa Zulhijjah ini sebagai tetamu Allah, semoga ianya memberi keberkatan kepada kita semua. Insya-Allah,” katanya dalam satu video yang dikongsikan di laman TikTok.
Terdahulu, Syed Saleh berkata, sebanyak 50 peratus daripada 31,600 jemaah haji Malaysia akan melaksanakan Nafar Awwal dan selebihnya Nafar Thani bagi musim haji tahun ini.
Katanya, 15,800 jemaah haji akan melaksanakan Nafar Awwal dan meninggalkan Mina pada 12 Zulhijjah sebelum matahari terbenam, manakala Nafar Thani pada 13 Zulhijjah.
“Ini sebagai langkah bagi mengurangkan kesesakan di Mina dan melancarkan pergerakan jemaah haji pulang ke penginapan,” katanya. K Online
Arab Saudi sambut Aidiladha 16 June
Baca Artikel Menarik:
- Isu DLP: Malulah pada PM Singapura
- Guan Eng minta keuntungan 10 peratus – Zarul
- Kesan koyak uniform Azza Fahmi undang hiba
- Umno dah tak suka saya
- Kejap ada kejap takde
- ‘Lemon Law’ lindungi pembeli kenderaan
- Saya dianiaya – Bapa Zayn Rayyan
- Haji pada musim bunga, sejuk selama 16 tahun
- Selamba bawa 4 gadis dalam but kereta, pemandu disaman polis
- Ustaz Don jawab pengkritik ‘buku dan ulama kita kata sahih’ [VIDEO]
- Hamizan ditemui mati dalam kereta selepas hilang 2 minggu
- Dapat anak diusia 80 tahun (Video)
- Polis Filipina culik rakyat Malaysia, minta wang tebusan RM200,000
- Jantung Azlee Senario tersumbat 99 peratus, dibedah segera
- Menteri muncul tabur gula-gula?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ummu Hani cinta pertama Rasulullah s.a.w.?
Kelakuan tak senonoh jemaah Haji Indonesia dikritik ramai (Video)
Grand Livina langgar lampu merah sampai tersodok kereta polis [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.