Ustaz Don kata tidak dimaklumkan ‘arahan berehat’ oleh RTM

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Don Daniyal sehingga kini tidak dimaklumkan secara rasmi tentang keputusan direhatkan daripada mengendalikan program Salam Baitullah siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menurut pengurusnya, Ana, pihaknya sehingga kini masih menanti arahan secara rasmi daripada pihak produksi sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut.

“Setakat ini kami masih belum menerima sebarang arahan. Biasalah media akan keluarkan dulu perkara ini.



“Kami tunggu dulu dan kalau perlu, kami akan keluarkan kenyataan secara rasmi.

“Pihak kami pun tak mahu membuat sebarang tindakan sebelum RTM, jadi kami tunggu dahulu jawapan pihak mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Ana juga enggan mengulas mengenai isu yang dihadapi Don atau Don Daniyal Don Biyajid ketika ini dan memberitahu perkara itu yang perlu menjelaskan hal berkaitan.

Penjelasan tersebut termasuk desakan meminta pendakwah itu membuat permohonan maaf secara terbuka susulan berkongsi kisah percintaan pertama Nabi Muhammad SAW yang didakwa berasaskan cerita dan hadis palsu.



“Saya rasa lebih baik Ustaz Don yang jawab sendiri, sebab saya pun tak boleh membuat sebarang kenyataan berkaitan tuan badan.

“Netizen pun minta penjelasan daripadanya, jadi lebih sesuai dia yang jawab perkara itu. Kami tidak mahu gelojoh dalam membuat keputusan.

“Kami akan selesaikan dulu dengan RTM kemudian baru fikir tindakan yang lebih sesuai,” jelasnya lagi.

Terdahulu, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman memberitahu Ustaz Don direhatkan daripada daripada mengendalikan program Salam Baitullah.



Ujarnya, langkah tersebut diambil bagi mengelakkan perdebatan berpanjangan netizen dalam media sosial.

Pihaknya juga enggan kontroversi tersebut menggangu penyiaran program berkenaan yang disiarkan sepanjang musim Haji tahun ini.

Semalam, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut mengeluarkan status hadis riwayat cinta pertama Rasulullah SAW berkaitan kisah Ummu Hani’ dimana penceritaan Ustaz Don dianggap lemah dan hadis digunakan adalah tidak bersumber

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penduduk Kampung Sri Makmur sahut cabaran MB Selangor



Mari kita lihat siapa yang kena

Biadab dan kurang ajar, video pemandu e-hailing burukkan Islam depan pelancong tersebar [VIDEO]



‘Drama’ kian terungkai

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker