Pendedahan Mbappe: Ini sebab mengapa beliau tinggalkan PSG dan sertai Real Madrid

METZ, Perancis: Penyerang Real Madrid, Kylian Mbappe berkata semalam “ada benda dan orang yang membuatkan saya tidak gembira” di Paris Saint-Germain (PSG) sebelum dia menandatangani kontrak lima tahun bersama kelab Sepanyol itu.

Mbappe, 25, akan menyertai juara La Liga itu musim depan selepas lama dikhabarkan akan berpindah sesudah menghabiskan tujuh musim di ibu negara Perancis itu.

Ketika jelajah PSG ke Jepun dan Korea Selatan pada musim panas lalu, pengurusan kelab itu mengancam untuk melarang Mbappe daripada beraksi selepas dia memberitahu mereka dia bercadang untuk meninggalkan Parc des Princes tahun ini.



“Saya diberitahu, saya difahamkan, saya dimaklumkan dengan cara kasar,” kata Mbappe kepada wartawan menjelang aksi persahabatan Les Bleus menentang Luxembourg awal pagi esok.

“Di PSG saya tidak gembira, itu akan melukakan hati kedua ibu bapa saya selain meludah ke muka setiap orang yang mempertahankan saya, tetapi ada perkara dan orang yang membuatkan saya tidak gembira,” jelasnya

Mbappe meninggalkan PSG pada hujung musim selepas menjulang kejuaraan berganda Ligue 1 dan Piala Perancis di bawah kendalian jurulatih Sepanyol, Luis Enrique dan penasihat Luis Campos, yang turut bekerja ketika dia beraksi bersama Monaco.

Di sebalik kejayaan domestik, dia gagal mengemudi kelab bandar kelahirannya dengan mahkota kejuaraan Liga Juara-Juara, impian utama PSG yang dimiliki Qatar dan presiden mereka Nasser al-Khelaifi.



“Orang yang menyelamatkan saya adalah Luis Enrique dan Luis Campos,” kata Mbappe.

“Tanpa mereka saya tidak akan menjejakkan kaki di tengah padang bola lagi.”

Madrid mengumumkan ketibaan Mbappe dua hari sebelum perlawanan Les Bleus menentang Luxembourg di bandar utara Perancis, Metz, perlawanan kedua terakhir mereka menejelang aksi pembukaan Euro 2024 berdepan Austria pada 17 Jun. – AFP

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz selebriti didakwa kuat ‘merapu’ bila berdakwah?



Kedai makan balas komen pelanggan dengan biadap

BCL bikin hal lagi dalam kelab malam



Buat ‘projek’ dalam kawasan masjid (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker