OKU dicederakan pengiring TMJ dirakam keterangan di Bukit Aman

OKU dicederakan pengiring TMJ dirakam keterangan di Bukit Aman

Pemandu e-hailing yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) yang mendakwa dicederakan seorang pengiring VVIP tiba di Bukit Aman sebentar tadi untuk dirakam keterangan.

Ong Ing Keong, 46, dilihat tiba jam 10.40 pagi dengan ditemani peguam dari pejabat Lawyer For Liberty (LFL), Latheefa Koya dan N Surendran.

Mereka kemudian memasuki Balai Pengawal Bukit Aman bagi membantu siasatan selaras kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sebelum ini yang mengarahkan semua individu dipanggil ke Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, bagi membantu siasatan.

Dalam kenyataan sama, Razarudin berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan menyeluruh berdasarkan perkembangan terkini dan memanggil semua pihak yang terbabit termasuk pegawai polis yang dikaitkan dengan kejadian berkenaan.

Sebelum ini Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima laporan daripada OKU terbabit pada hari kejadian sekitar jam 1 tengah hari, 28 Mei lalu.

Dalam laporannya mangsa mendakwa diserang seorang pengiring kepada rombongan kenamaan ketika sedang menunggu pelanggan di lobi Hotel St Regis, KL Sentral, di sini.

Rusdi berkata, mangsa bagaimanapun membuat laporan kedua jam 9.59 malam hari sama dengan menyatakan telah menyelesaikan perkara yang berlaku secara baik dan tidak mahu memanjangkan kes berkenaan.

Namun, timbul perkara meragukan apabila mangsa mendakwa ditawarkan RM800 untuk penyelesaian kes berkenaan semasa membuat laporan kedua.

Mangsa menyatakan pegawai penyiasat kes bersama beberapa pegawai polis lain dan seorang pegawai istana mengarahkannya untuk menarik laporan polis. BH

OKU dicederakan pengiring TMJ dirakam keterangan di Bukit Aman

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz selebriti didakwa kuat ‘merapu’ bila berdakwah?

Kedai makan balas komen pelanggan dengan biadap

BCL bikin hal lagi dalam kelab malam

Buat ‘projek’ dalam kawasan masjid (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker